Tuesday 6 August 2013

Salam Aidilfitri..

Sehari je lagi, sehari je lagi nak habis Ramadhan. Malam tadi terawih, rasa sebak sangat. Masa sujud terakhir solat witir, hati ni sayu sangat bila fikirkan malam ni terawih akhir Ramadhan kali ni. Aku berdoa "Ya Allah, ampunilah segala dosaku Ya Allah, temukan aku dengan Ramadhan akan datang..amiin". 

Persiapan tahun ni macam biasa je, takde yang special sebab aku busy weekdays sebab dah start internship, weekends penuh dengan aktiviti keluarga. Kuih raya tahun ni aku tak buat pun, maybe esok (Rabu) aku buat 1 jenis kuih je, biskut choc chip je. Yang lain kuih tunjuk ok. tak kuasa aku. Apa-apa pun, selamat menjalani finale terawih malam ni, dan selamat hari raya :) 

Holiday: Medan, North Sumatera. (Part 3)

Sambungan dari: Holiday: Medan, North Sumatera. (Part 2)

Pagi tu kami bangun pukul 8 lebih, bersiap-siap dan have a breakfast kt hotel dulu, baru check out pukul 10. Nampak tak lama benor nak siap2. Then, after check out kami dibawa makan2 kat satu kedai makan ni. Baru je masuk dah dikerumun peniaga untuk ambil order. Masing-masing nak lakukan makanan masing-masing. Poning den dengan kerenah mereka ni. Aku just minum teh botol. Botol dia macam botol air coke yang gelas tu, tapi dalamnye air teh O'. Memang unik.



Atas meja tu dah terhidang kuih udang, so, kami just kunyah je la, kuih udangnya macam rempeyek, nipis and garing, tak macam kuih udang kt Malaysia. My mommy pulak pesan nasi dengan sup daging, not bad supnye. sedap.. :) 

Lepas menjamu selera kat kedai tu, kami pergi bershopping again kat Pasar Ikan, nama pasar ikan, tp peniaga kat situ jual baju2, telekung, dan semua jenis pakaian pun ada. Nak cakap sesak jangan katalah.. memang kepanasan and sesak. Apa yg aku nampak sepanjang kat sana banyak sangat peniaga kaki lima yang merayau2 mencari customer, menakutkan jugak sebab mereka ni kalau boleh nak paksa kita beli barang dia. mengikut dari awal masuk sampai la nak habis pun ada. Puas dah macam2 alasan dibagi, ada yang tak paham bahasa pun ade, rase nak duku je kepala diorang. Rimas! 

Biasalah kalau dah bershopping, hampir 'tawaf' tempat tu 3 or 4 kali, sampai dah hafal jalan dalan pasar tu. Kalini berkesempatan beli telekung travel and telekung buat mak cik and sedara yang lain. My akak pulak dapat kebaya, cantik2 kebayanya..ruginya tak beli kat sana. Pukul 3 waktu sana baru habis supping and terus ke Masjid Raya Al-Mashun untuk solat zohor dan sambil-sambil tengok tempat bersejarah tu. Masha Allah, cantik senibina masjid tu, tapi ada dua perkara yang kurang gemar kat sini..Pertama, kat pintu masuk or pintu gerbang masjid tersebut melambak pengemis yang duduk minta sedekah and buat kawasan masjid macam tempat tinggal mereka. Ramai sungguh, Bila masuk waktu Asar, peminta sedekah kat situ buat dunno je, tak pergi pun solat berjemaah. Susah kalau ada orang-orang macam ni. Kedua, kebersihan dan pemeliharaan kawasan sekitar masjid tak terjaga, tandas dan tempat wudhuk jangan cakap la, bukan nak memburukkan, minta maaf lah. Toilet ada dalam kawasan tempat wudhuk. Biasalah tu sebab semua masjid pun ada walaupun kat Malaysia, tapi saliran air  bagi toilet tu tak proper. Tak ada lubang bagi laluan air kat lantai tandas tu, tandas tu tinggi, so if ada lebihan air dari tandas tu akan mengalir keluar ke tempat wudhuk, astaghfirullah..and some Indonesian, SOME of them, tak kisah kalau buang air kecil kat tempat wudhuk tu walaupun ada orang kat sekeliling, Itu yang berlaku waktu my mom masuk tempat wudhuk tu. Tanpa segan silu. Adui..Tempat solat bahagian muslimah pun tak terjaga, kotor, karpet-karpet yang dah guna bergelimpangan macam bukan tempat solat. Ya Allah.. Harap sangat mereka ni peka tentang masjid tu, tu rumah Allah, jagalah..sini binanya memang cantik..cantik sangat, jangan sampai non muslim tourists tengok keadaan macam tu...

(Cantikkan..subhanaAllah..)

(View luar masjid)

Selepas buat tour kat masjid ni, kami pun pergi melihat Istana Maimoon yang tak jauh dari Masjid Raya Al-Mashun. Tempat tu pamerkan gambar-gambar sultan yang dari dulu hinggalah sekarang. Istana Maimoon ni pun sama jugak la macam kes Masjid Raya Al-Mashun, tak terjaga, barang-barang yang dipamerkan terhad sangat-sangat, kalau masuk Istana tu hanya pandang je senibina tak lebih dari tu. One thing, bawah Istana tu dah jadi kediaman orang awam, agak terkejut la, if istana tu dibersihkan dan dijaga elok-elok termasuk menambah barang kesultanan untuk dipamerkan lagi baik dan menarik perhatian.





Dah puas berjalan and mengakhiri perjalanan kami di Medan sebelum pulang ke Malaysia, kami sekeluarga minta Pak Sainan bawa kami ke tempat ayam penyet. Maklum lah nak tahu jugak beza ayam penyet buatan Indonesia dan di Malaysia. 

(Restoran Ayam Penyet Joko Solo)


Not bad la ayam penyet made in Indonesia, bahan-bahan dalam ayam penyet kat Indonesia lebih satu dan dua dari Malaysia punya. Alhamdullah usai dinner dengan Pak Sainan, kami menuju ke airport. Sudah masanya kami meninggalkan Medan, entah bila lagi akan datang ke sana. Ada juga jemput Pak Sainan and family datang wedding akak bulan December nanti, Pak Sainan kalau cukup ongkosnya boleh la ke Malaysia. Haha.  

Pengalaman di Medan amat menarik, dapat mengenali budaya, makanan, perumahan, dan cara hidup orang Indonesia dengan lebih lagi walau ada banyak orang indonesia kat Malaysia. LOL. Thanks to Pak Sainan for the amazing journey, In Shaa Allah ada masa kita jumpa lagi. Horas!

p/s: Tammat sudah entry holiday @ Medan :) :)