Wednesday 27 February 2013

1st attempt!


Sabtu yang lalu aku meluangkan masa untuk menyambut hari lahir anak buah Mr. I dirumahnya, Nur Humaira. Happy birthday dear.


And as memenuhi impian Humaira, parents dia tempah choc moist cake dengan aku.. Waktu aku buat tu aku tak yakin dengan deko yang aku buat, moist ke idak and aku takut rasanya tak seindah rupa. Almaklum, tiada siapa yang tempah kek dengan aku sebelum ni. Mahu pengsan aku dibuatnya semalaman fikirkan., sebelum ni aku buat kek hanya untuk hobi & untuk family aku sendiri, takde keyakinan nak amik tempahan. Waktu Mr. I kaborkan kat den yang akak iparnye nak tempah kek, den terkaku sebentar. Mampu ke aku buat ni? Nak tolak tak sampai hati sebab humaira suka sangat kek tu, lagipun segan tolak permintaan orang.



Sampai waktu humaira potong kek tu pun aku takut sampai mata aku ni fokus naik juling tengok dia potong kek tu. Alhamdulillah, mendapat sambutan. Humaira ada 2 kek, satu kek yang aku buat and yang satu lagi kek red velvet. Agak terkejut bila kek coklat tu habis dulu dari kek red velvet. Aku tengok je Humaira, 3 kali dia tambah waktu tu, then petang sikit dia hadap lagi satu  pinggan. wah.. aku bersyukur dia suka. Cukup buat aku tersenyum bila dia suka. Sekurang-kurangnya aku tahu kek aku menjadi. :)

I have a great day with his family. Hidangan hari tu, nasi minyak and ayam masak merah and sate. Sodap! ni pic Mr.I snap secara rahsia.. hewhew.. 



    

Friday 22 February 2013

Memori sekolah menengah.

Venue : SMK Seri Bintang Utara.

2004-2008

Asalnya bersekolah kat SMK Pandan Indah, tak sampai sebulan, maybe just for a week. Then, aku pindah sekolah.

First time aku masuk sekolah tu, aku, farhana( kwn aku), my parents & her mom puas mencari pejabat sekolah. Maklum la tangga tu tersorok sikit. Kawasan sekolah agak luas, Everything was in the same building except kantin la kan. Besar juga (1st time katakan, lepas tu hamekk, bila dah kenal semua nampak kecik) :D 1st person yg welcoming aku ialah Jasmine (classmate), waktu aku sesat dgn parents aku cari kelas. Hyper betul dia, bagus betul ketua kelas ni dalam hati aku & aku tak tahu kenapa dia kat luar kelas waktu tu. hahaha

Jasmine-Duduk no 4 dari kiri.
(Pic Form 1)

Zaman sekolah aku, awal-awal je aku aktif bola baling & bola jaring. Itu je la aku aktif awal-awal tingkatan, then bila dh makin 'tua' (form 4 & 5)  malas la pulak nak baling bola, rasa kerepot sebentar, then aku aktif persatuan and kalau ada meeting-meeting kelab uniform aku pi.. tapi dengar je la. Just dari awal tingkatan sampai akhir aku aktif persatuan/unit khas sekolah 'Pebimbing Rakan Sebaya (PRS)' sebab aku suka bidang psychology & kaunseling. Every events or programs aku pi, jarang aku ponteng. hewhew.

(Dimanakah saya??) cer teka..cer teka..
(Pic PRS)

Pengalaman yang aku takkan lupa jadi MC waktu perjumpaan PRS sekolah dengan PRS dari Indonesia. Kene welcoming and sebagainya, gugup waktu tu hanya Allah je tawu,but it was amazing. Interact dengan other people from different country. Kita rakyat Malaysia faham kadang2 bahasa indon, tapi lenggok bahasa tu lain. So, kene dengarlah betul-betul. Silap cakap karang, lain yang difahami. Dalam PRS ada 2 kursus yg kena pergi before sah jadi fasilitator. I made it. But time aku jadi fasilitator utk pertama kali, aku takde suara T_T! rasa nak menangis pun ada. Baik takyah pergi jadi fasi kalau duduk tengok orang je. Bila nak interact dengan orang aku terpaksa guna suara halus ~ ~ ~ ~. Bunyi angin pun lagi kuat. Fuhhh!. Menangis aku malam tu (aku ngaku) sebab aku tension tak boleh bercakap.haha.. Sampailah ada fasi dari sekolah lain tegur aku yang aku sombong........erk?? mana taknya aku tak bercakap dengan dia or dengan org lain (except fasi satu sekolah. diorang memahami) dari awal sampai tempat tu hinggalah habis kursus. Bingung aku nak explain kt fasi tu. Aku pun cakap lah dengan dia guna suara halus aku ni & sedikit pertolongan isyarat tangan. hahaha. Baru die faham T_T Nasib baik dia tak ingat aku bisu.

Kat sekolah aku ada 2 geng. Ingat samseng je ke ada geng. :D Geng aku yang pertama (ececece) terdiri daripada 4 orang. Nama NAJAMALQUJA. Mesti orang lain yg dengar mahunya pergi cari kamus tengok makna nama tu. hihi. Sebenarnya NAJ ---> untuk Najia, AMAL---> untuk Amaleena, QU---> Quraisya & last but not least JA---untuk Jahirah (nama aku). love them so much!

NAJAMALQUJA
Duduk atas dari kiri : me & Amal
Duduk bawah dari kiri: Najia & Quraisya (Qusya)

Geng aku yang kedua ada 6 orang. hehe. Nama: Frogs. Bersempena dengan apa pun aku tak tahu.. bukan aku yang pilih. hihi. Tapi yang aku tawu sbb nak sambung semua nama waktu tu panjang & kalau sebut pun mcm dah nama alien dah dan kartun frogs mcm ni ha & very the cute (kata mereka)...



Dalam pic ni hanya ada 4 orang.
Pic atas dari kiri: me, yang ke 2 tu bukan, Elaine, Farrah & Emilya

Adila

Amiera

p/s: rindunya zaman-zaman ni.. :'(

Thursday 14 February 2013

owh blog.

Aku andaikan hampir 3 bulan blog aku ni 'bisu' tanpa sebarang entry. Apa nak buat kalau masa lapang tiada. Banyak benda lain aku nak buat. ong gedek2 hee~

Dalam 3 bulan ni banyak benda berlaku, banyak peristiwa dan kenangan. Last semester was very busy and i didn't have much time to focused on social networking, lagi2 blog. Sekadar update apa yang patut. Facebook pun aku dah jarang update status yang mengarut2.haha.

So far, Alhamdulillah my relationship with Mr. I is good and great. Nak masuk 1 tahun 5 bulan. In shaa Allah, dengan izinNya hubungan ni berkekalan. Dia memang baik, memahami, penyayang, and bukan egois. Walaupun kadang-kadang 'berliku', kitorg boleh handle dengan baik. Alhamdulillah. Aku rasa aku yang garang bukan dia. hewhew. Family dia ada gak la cakap nak 'cop' aku & ke status yg sterusnya, im so  happy sebab family dia cool and terima aku, parents dia memang baik, adik-beradiknya, ipar-duainya, sedara-maranya and anak-anak buahnya Alhamdulillah.. aku nak je terima.. BUT, mentally je la, physically tak stabil lagi. 1st aku masih belajar and still struggling, income pun tarak kan. Then kakak sulung and angah aku pun tak lepas lagi status bujang, kakak sulung aku tahun ni dia bakal berkahwin hujung tahun, so, camtulah.hee. Tapi in shaa Allah,kalau dipermudahkan our target 2015. Dia pun memahami. Tapi kadang2 dia nakal gak...aku mampu cakap 'amboiiii'. i <3 you :)

Aku dah nak masuk sem 5, aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan aku mampu berjaya. tinggal 2 sem je lagi, so, aku plan after degree aku nak kerja, kumpul duit, plan kawin. (haha), bila kerja dah agak stabil, aku nak amik master. In shaa Allah. Lagipun cukup2lah aku baca buku selama 16 tahun, pergi tadika, pergi sekolah, jawab exams, pergi tuition, habis sekolah, pergi universiti, jawab exams dan lain-lain lagi. Umur aku sekarang pun dah nak masuk 22 tahun, 5 tahun je aku duduk goyang kaki and otak aku ringan. :D Bagi aku rehat sebentar, 3 tahun lagi umur aku 25 tahun, dah tua dan nak tua dah. Ada gak kalangan kawan-kawan aku nak teruskan master. Its ok they can afford it or willing to, but aku, aku taknak berhutang dengan PTPTN lagi, and taknak menyusahkan parents aku nak tanggung. Nanti master, aku gunalah duit aku sendiri. Umur aku 19 dah ada hutang RM12,500. Nasib tu diploma. Kalaulah degree aku amik lagi RM12 ribu lebih. Hampir 30k, belum masuk nanti ada rumah ke pe ke dan jenuh aku nak membayar balik semua hutang  termasuk interest. Belum kerja dah nak bayar hutang kannnn.

p/s: In shaa Allah dipermudahkan.