Thursday 18 July 2013

Holiday: Medan, North Sumatera. (Part 2)

Sambungan dari Holiday: Medan, North Sumatera (Part 1)

Maaflah ye sebab dah sebulan lebih tak menyambung sesi terdahulu. Janji punya janji terpaksa dimungkiri :D

Haa, ni Pak Sainan!

(dr kiri: My daddy n Pak Sainan)


ok! Pagi 31st May 2013 setelah melihat pemandangan Lake Toba dari balkoni bilik, kami sekeluarga bersiap-siap untuk check out. Berat sungguh nak tinggalkan tempat ni, aku pandang je gunung ganang depan mata, subhanAllah, cantiknya ciptaan Mu ya Allah. Walaupun 1 hari je kt Lake Toba, tapi apakan daya banyak lagi aktiviti menanti di bandar Medan :) Selepas check out dari Hotel Niagara, kami menuju ke Samosir Island menaiki feri (Bagi Malaysian, feri la kot) hehe. Semasa menaiki feri ada dua budak lelaki buat persembahan menyanyikan lagu tempatan, tak tahu la nama lagu tu apa, tapi kelakar.

Inilah sebahagian sedutan tu. maaflah kalau ada kekurangan, video hp :P


ni budak-budak tu..




Ini pulak pemandangan dari atas boat/feri (tah la) haha


(My Lil. Brother)

Masa kt Samosir Island tu, kitorang shopping2 sikit je, banyak gak kedai untuk cuci mata dan beli cenderamata. Kat sini pulak macam-macam ragam perut ni, nak masuk toilet kena bayar 60 sen duit Malaysia. Lagi mahal, Toiletnya pun takdela taraf hotel pun. >_<! Lepas bersiar-siar, kami pulang semula ke tempat asal. :)


Lepas tu, kami bersiar-siar di sekitar Lake Toba untuk mencari kedai makan yang sesuai. Tapi my father request nak makan kat Restoran Istana Minang, kata ayah makanan and lauk-pauk kat situ sedap :) so, heading back to Pekan Parapat. Masha Allah, ramai sungguh pelancong-pelancong, berbas2.. Nasib baik service kedai makan tu laju and bagus. 

Then, kami meneruskan cabaran 'sakit jantung' ke pergunungan air terjun sipiso-piso. Sepanjang perjalanan, melalui rumah-rumah orang batak dan melihat sendiri kehidupan mereka kat situ. Kebanyakan mereka adalah petani dan menjalankan perniagaan sayur-sayuran kerana geografi mereka dipergunungan. Malah, boleh dikatakn macam dekat Cameron Highlands sebab cuacanya yang sejuk dan tempat tu dipenuhi kebun-kebun kobis, carrot, tomato dan sayu-sayuran yang lain. Malah mereka tiada tempat specific untuk perkuburan, kubur-kubur mereka yang menganuti christian 'bersepah-sepah'. Bayangkan ditengah-tengah kebun yg subur dengan sayur-sayuran ada satu kubur ditengah-tengahnya. Malah, ada kuburan di puncak bukit dan ada juga di tepi jalan berseorangan. Macam-macam. Tapi sayur-sayuran mereka segar! Diorang membungkus Carrot mengikut susunan, dalam satu plastik transparent besar, mereka menyusun carrots membentuk bulatan. Rugi waktu tu tak ambil gambar T_T. 

Dan sebelum sampai ke air tejun sipiso-piso, kami dibawa melihat keindahan penghujung lake Toba..




Nyamannya rasa kat sini.. Dan kami pun singgah ke tempat yang dituju..Air terjun sipiso-piso..

(SubhanaAllah)

Kata Pak Sainan, atas air terjun ni adalah sawah dan air tu lalu dicelah-celah bukit ni.

Kat sini juga, kitorang amik kesempatan beli cenderamata untuk sepupu-sepupu kami, hampir dua jam kat sini sebab mencari baju yang sesuai untuk 11 orang sepupu-sepupu kami. Alhamdulillah, semua dapat kat sini.

Then, balik ke Medan. as usual la, sampai ke Grand Sakura Hotel, Medan pukul 7, hampir 4 jam, duduk dalam kereta.huhu. Kat hotel, masing-masing kepenatan, just tapaw makanan yang tak tahu nama apa, main beli je sebab lapar sangat. Dalam bungkusan tu ada nasi, sayur kacang panjang, kuah macam kari, ayam, and lain lagi (tak tahu nama). Malam tu hanya untuk berehat je..

p/s: sambungannya nanti..part 3 k..hehe 


Tuesday 2 July 2013

No time

As what i have promised before to make another entry, i really can't make it...so sorry. Full with assignments and now with final exams... pray for me k! will be back after 14th of july..In Shaa Allah..