Thursday 26 December 2013

Kehendak ATAU Keperluan?

Prinsip yang aku selalu ikut, adalah orang nasihatkan. 

Aku akui, i am not perfect, kadang-kala, nafsu aku untuk beli barang banyak atau buat something over tu ada. Selalunya bila tahap ni, aku akan remindkan diri aku beli mengikut keperluan bukan kehendak. Bila ada kemampuan, baru buat kehendak.

Jika apa-apa pun barang, benda, perbuatan atau apa apa pun, tanya dulu pada diri sama ada itu kehendak atau keperluan. Dahulukan keperluan dari kehendak.

Tak salah dan bukan diancam bunuh pun kalau beli barang ikutkan kehendak, ikut kemampuan. Barang kehendak ni lebih kepada barang atau perbuatan yang kita suka bukan dari kebiasaan. Selalunya kita beli barang kehendak bila keperluan kita mostly mencukupi. 

Contoh, kita ada perfume. Masih ada, boleh bertahan dalam 2 atau 3 bulan lagi. Adakah kita akan beli perfume lagi? Jika kita beli lebih dari 1, itu kehendak. (ikut jenis barang). Ada orang kata perfume bukan satu keperluan. ikut jenis orang jugakkan. Mana tahu bau badan 'menyengat', pakai deodorant pun tak lepas.  So, ikut keperluan kita. Jangan orang tu beli, kita nak beli, orang tu ada, kita pun sama nak. Tu memang mintak 'makian' la bila berbelanja sampai berhutang keliling pinggang atau melampau.

Dari pandangan aku (Tak terer dalam apa-apa bidang pun), hanya pandangan melalui pengalaman, kita akan puas hati beli barang kehendak bila keperluan kita dipenuhi. Kalau keperluan kita kurang dari kehendak, atau kehendak kita melebihi keperluan, kita akan rasa kekurangan. Itu yang aku rasa, tak tahu lah kalau aku sorang je yang rasa. 

p/s: peace no war

Pakar

Tadi adalah seorang hamba Allah ni update status facebooknya....berbunyi begini..

"bila timbul isu ikan timbul, tibe2 ramai yg jadi pakar kaji alam,,,same mcm timbul je isu GST, tibe2 ramai yg jadi penganalisis ekonomi x bertauliah..cepat betul bertukar2 profession. msg2 memg terus terer pasal ekonomi... nothing impossible..."

Bagi aku, memang isu-isu sebegini lagi-lagi pasal berita terkini memang ramai umat yang akan komen, berbincang and sebagainya. Nama pun manusiakan. Ada limit, ada kebebasan. Tak salah orang nyatakan pendapat. Berpada-pada.

Hamba Allah ni seringkali come out with status-status yang menjadi perhatian aku. Status-status yang 'agak pakar' tentang isu-isu begini. Sebenarnya dia tak nampak, sebenarnya dialah pakar-pakar tu dengan meng'update' pelbagai isu dan memberi pandangan dia. Disebabkan itu, bila kesabaran manusia pun ada limit, aku terpaksa tulis entry ni. 

Ekonomi adalah sains pengkajian terhadap sifat KELAKUAN MANUSIA yang berhubung kait pada sesuatu keperluan dengan SUMBER KEPERLUAN untuk TUJUAN yang Berbeza (Lionel Robbins, 1932).

Bukan kata MESTI terer pasal ekonomi baru boleh bercakap. Ekonomi bukan perkara asing dalam hidup kita, BUKAN. Sedangkan dari sekolah kita diajar tentang ekonomi. Siap ada subjek "Ekonomi Rumah Tangga". Kenapa sempit sangat pemikiran tu. Adakah kita kene belajar Master in Economy, PhD, baru boleh kata tentang Ekonomi? Kita sendiri tahu tentang pendapatan kita dan kestabilan kewangan kita, it is common things! You should know that. Kalau kau tahu kewangan kau tak stabil sekarang, adakah kau nak berbelanja melebihi keperluan?? People can easily observe and judge. 

Melampau la kalau semua benda kau nak sokong. Kalau perkara baik, sokonglah. Kalau tak, tentanglah. 









Tuesday 24 December 2013

My lovely sista wedding!

Last week is my sista wedding. 13 & 14 December 2013. 

Nurul Jamilah Binti Joffri & her husband a.k.a my brother in law, Mohd Shafique Bin Mohd Amin. 



Tahniah akak and abg shafique!

I love u so much!

 Semoga berkekalan till jannah and 'kurniakan' angah, ira n alan anak-anak buah, cucu-cucu kt ayah & ibu secepat yang mungkin :P




(our big family)