Thursday 27 March 2014

I am 23! Part 2

Rindu masa tadika. I nampak muda! Haha. On graduation day, aku pakai agak seksis bila aku buat persembahan menari lagu hindustan dengan pkai baju separuh nampak perut, long skirt yg bling2, & selendang. Nasib aku kecik lagi, kalau dh besàr ni aku pakai camtu, for sure ayah baling parang. Hahaha. 

Zaman tadika jugak, aku alami pengalaman perit, setiap kali balik rumah, ibu akan amik dengan jalan kaki. Sebab tadika tu tak jauh dr rumah aku. Dalan taman perumahan yg sama. Satu hari tu, tengah hari, aku jalan mcm biasa dengan ibu kt satu lorong. Tiba2 ada motor lalu, peragut tu rentap rantai leher ibu. Ibu panik & cuba jerit, tp malang takde sape keluar. Maybe waktu tu semua org keluar bekerja. Ibu lari dan cuba kejar, tapi tak sempat nak tgk no. plat. Masa tu aku memang trgamam & menangis. Nasib baik ibu tak trjatuh, cuma leher dia ada kesan rantai direntap. Yang pelik, peragut tu boleh tahu ibu pakai rantai walaupun bertudung. He was trying his luck, maybe. Luck sgt! Kau jawab dgn Allah nt ttg amalan kau. Tak kisah la kau bangsa apa, hari pembalasan mmg pasti.

Friday 21 March 2014

I am 23! Part 1

Alhamdulillah..syukur Allah memberi nikmat yang tak terhingga sehinggalah umur aku 23 and sampai sekarang. Hari jumaat, 21st March 2014, 99 more days to Ramadhan. In shaa Allah.

Terima kasih kepada Ayah & Ibu sebab membesarkan ira, beri kasih sayang yang tak terhingga, melayan kerenah ira, nasihatkan ira, bagi support financially and mentally and untuk kesemuanya. Aku sayang mereka berdua..they are my world, they are my everything. No one and nothing can replace them.

Thanks too to my siblings. Akak, angah and Alan..they are always there for me, help me, motivate me and makes me happy.

23 years old, odd numbers, and i think it is starting age for me to think more seriously and independently, Bukan umur 22 tak fikir serius or matang, tetapi umur 23 adalah permulaan hidup selepas tamat degree and alam pekerjaan. It is my new beginning.

My sisters said, you are grown up, nak kerja dah, so you must think wisely and be more independent.

In 23 years, i had a lot memories,experience and time, the good and the bad. All the thing taught me to be more matured and be me.

Kindergarten: Happy Kids, Pandan Indah.

Tadika ni practicing mandarin and aku struggled untuk memahami and belajar dalam bahasa mandarin. Aku ada few chinese friends, and also malays. Aku ingat lagi aku pernah menangis waktu buat ujian sebab aku langsung tak paham satu apa pun. Nasib aku ada kawan cina yang pujuk aku and bantu aku. But, aku tak ingat dah nama dia apa, but i still remember her face, aku harap sangat aku dapat jumpa dia balik. Kalau buat kerja sekolah, everytime uncle (Chinese) sebelah rumah akan tolong, so i am so glad to know him. Uncle memang baik, dari dia bujang sampai dah ada anak 3, family aku still have a good relationship dengan dia. Kalau Hari Raya & Tahun Baru Cina, dia akan bagi buah tangan, same goes to us. Aku rasa, kalau ada syarat kene lulus dengan cemerlang kt tadika tu, maybe aku tak 'graduate'. hahaha.

Jangan tak tahu, aku pakai skirt dulu masa tadika.. baju putih lengan pendek, kolar biru muda and ada tie kecik warna biru muda gak and skirt biru muda paras lutut.

 p/s: to be continue..later..



Tuesday 18 March 2014

Medical check up! 17/3

Pepagi.. pkul 6 bangun solat subuh and trus bersiap. Pukul 7 setengah naik lrt and kakak aku pun teman la sebab die pun on the way ke tempat kerja. Kami menuju ke KLCC. Appointment pukul 8.45. Dr semalam aku puasa. Lapau.
Dalam train tu aku perhati laluan putra lrt dr masjid jamek ke KL sentral. Kemain jauh. Dengan ramai orang berpusu-pusu waktu pagi., dalam hati aku "boleh ke aku survive nak pi kerja nanti?"
Sampai ke Twin Towers Medical Centre pukul 8.30. So, kakak aku berlalu ke tempat kerjanya lepas teman aku sampai ke tempat tu. Lebih kurang 6 proses aku kene lalui.. ECG, urine test, blood test, audiogram, x-ray & Doc. Consultation. Alhamdulillah.. cepat betul habis. Excellant services.
New experience, selalu medical check up hanya urine test, blood test dgn x ray. Ni tambah lagi 3 sebab medical offshore examination. Aku pun tak tahu kenapa ada perkataan offshore tu sebab bakal kerja aku ni takde la sampai kena pergi offshore. Maybe. And maybe memang polisi syarikat tak kisah department apa kena buat jugak.
Niat di hati nak pergi habiskan voucher BB1M kt klcc. Tapi tak bawak. So lepas medical check up aku jenjalan sekejap and cari kiosk auntie anne's sebab kepingin bangat nak makan pretzel. Puas turun naik and cari directory. Electronic directory rosak. Yg manualnya payah nak cari. Almaklum la.. aku ni dah lama tak jejak kaki kt klcc. Akhirnya jumpa la dekat depan Cold Storage.
Bila dh dapat. Aku terus balik Pandan Indah sebab Jumaat, sabtu and ahad punya penat tak habis lagi. Ketiga-tiga hari tu penuh dgn pengembaraan. Jumaat: Dari KL ke Melaka & Melaka ke Kluang sampai pukul 2 pagi sabtu. Sabtu: Teman pakcik & makcik.aku shopping barang dapur and aktiviti masak memasak. Ahad: pukul 10 pagi dah gerak balik dari Kluang ke Melaka. Dan Melaka ke KL. Sampai KL ke Hulu Langat tolong makcik aku kemas barang sebab baru pindah. Pukul 10 malam baru la balik rumah. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Cuma penat-penat tu ada la sikit/banyak. Haha.
P/s: Hopefully everything gonna be ok and smooth for me and family ocu. Utk aku yg dah hampir masuk ke alam pekerjaan. Utk ocu, semoga dipermudahkan segala urusan. Amin!

Monday 10 March 2014

My adorable Raihanah!





I have so much fun and very enjoy to look after and baby sit my cousin, Nur Raihanah Binti Mohd Jafari for a week. Her father (ocu) bekerja di johor and everyweek akan balik KL untuk tgk dia. Maknya (maksu) tinggal kt rumah aku sebab baru dapat kerja kat sini. So, dia trpaksa lah berjauhan dengan ayahnya. Dia memang smart girl and have a sweet smiles & eyes. She is 1 year old on 3/3/2014 Memang senang nak jaga dia. There is no makan time actually sebab bila disuapkan makanan dia akan makan. Tak kisah la bila and makanan apa. Semua benda dia nak rasa. Ada sekali tu, kakak aku tengah cicah roti dengan air milo, dia nak rasa. So, kakak aku bagi sikit and terus dia nak. Aku cedok air milo guna sudu, pastu letak secubit roti kt sudu tu. Berkali-kali dia nak. Lepas tu, kakak aku tgh makan asam (Taktahu buah apa), dia nak jugak..bagi la sikit. berkerut-kerut muka tahan masam. tapi .haa pe lagi berkali-kali la lepas tu nak lagi. Dia makan anggur, ayam goreng, nasi lemak, telur rebus and lain-lain lagi. But, makanan wajib dia bubur, yg maksu aku buat pagi-pagi before pergi kerja. Rutin harian dia, dia akan bangun di antara pukul 8 atau 9 pagi. Then, aku akan main-main dengan dia sekejap and lepas tu baru mandikan. Kalau mandikan direct after dia bangun, memang cari nahas la, for sure terkejut. :D pastu bagi dia breakfast biskut nestume, bagi dia main dengan toys & etc sampai la bosan..dia akan merengek sikit, bagi susu...then baringkan dia atas buaian. So, tidur la dia dengan lena dari pukul 11/12 sampai la dalam pukul 2 atau 3.

Bangun je tidur, bagi dia makan bubur.. lepas tu dia akan main dengan toys dia and kadang-kadang aku bawak dia keluar jalan-jalan depan rumah cari kucing. hahaha. Excited walaupun jalan terhuyung hayang lagi. So, bila dia merengek lagi dalam pkul 5 atau 6, aku bagi dia susu, and tidurkan atas buaian. Senang..sgt senang..sebab dia akan merengek kalau lapar atau mengantuk. Bila dia terjaga selalunya pukul 7 lepas maknya balik kerja.

Aku and kakak aku bertuah sangat bila dengar raihanah sebut first word dia.

Satu petang tu aku & kakak aku duduk sambil tengok dia main dengan mainan and tengok jugak tv. Then,secara spontan kakak aku hulurkan mainan dekat dia. Dia ambik mainan tu. THEN....Dia cakap "Aceehh...." and berlalu pergi. On the spot, aku pandang kakak aku..aku cakap "Dia ada cakap terima kasih ke?" kakak aku dengan muka terkejut cakap "Aah".. kitorang gelak and pandang raihanah.. dia lari nyorok belakang pintu sambil sesengeh & sepet kan mata..Subhanallah ...Masha Allah..pandai! Kitorang memang tak sangka sebab spontan sangat. Lepas tu kitorang agah die and cakap "terima kasihhh.." dia sesengeh menampakkan tiga batang gigi (dua bawah 1 atas) lagi. Budak ni...kak lang gigit pipi tu kang...geram!

Lagi satu! dia cepat belajar dengan memerhati gelegat orang dewasa. Bila dia tengah main-main dengan mainan. Kakak aku panggil aku and suruh perhati dari jauh dia buat apa. Rupa-rupanya, dia tiru aksi bila orang tuang bedak atau shampoo atas tapak tangan, letak barang tu atas lantai and gosok kedua belah tapak tangan tu. nasib barang2 tu bertutup.Comel sangat bila dia buat camtu. Nak dijadikan cerita, malam tu, die tengah main depan maknya. Aku yang duduk tak jauh dengan situ ambik losyen mustajab panas tu urut kaki and lutut aku sebab rasa lenguh sangat. Aku picit losyen atas tapak tangan, lepas tu letak atas meja and gosok dengan dua tangan bagi rata & baru urut lutut. Then, dia datang kat aku, ambik losyen yg dh tutup, konon tuang atas tapak tangan, letak balik losyen atas meja, gosok kedua belah tangan, and sapu-sapu atas lutut aku. Subhanallah, pandainya dia. Aku tak sangka dia perhati aku bila tengah urut kaki tu.

Hari khamis tu ayahnya yang duduk and bekerja di johor pulang ke KL. Aku ceritakan semua. Ayah dia terkejut and cakap kenapa tak record! hahaha. kalau la ada CCTV memang boleh record. Ni spontan, kamera pun tak sempat bukak. :D

For the next week, nenek dia di melaka jaganya pulak sementara maknye kerja di KL and ayahnya kerja di Johor sebab bila ayah dia balik KL khamis tu dia demam, so, maknya (maksu) kata, dia akan banyak meragam kalau demam, so, better neneknya jaga., takut aku takleh adapt nanti. huhuhu. Takpe,..for her own good.

Pernah sekali tu, tengah dia main,tiba2 dia menangis, padahal die tgh duduk and pegang mainan. Means takde apa-apa yang boleh sebabkan dia nangis. Aku pergi kat dia, dia peluk aku and dia nangis lagi. Aku pujuk dia, and bagi dia susu botol lepas tu try tidurkan dia, dia taknak, dia peluk aku lagi and nangis. Hampir sejam la macam tu, die peluk je. Melelh-leleh air mata dia. Pastu, aku try tidurkan lagi sekali, baru dia tidur, tu pun air mata tak kering lagi. Memang dia sedih sangat. Bila mak die balik aku ceritakan, mak die kata, die rindu mak ayh dia tu. Sebelum ni maksu aku tak bekerja and duduk sama dengan pakcik aku kt johor. So, bila situasi bertukar, maybe dia trasa sangat bila ayah die takde, and maknye takde. Jumpe ayah seminggu sekali. Sebaknya bila terringatkn raihanah.

To my adorable Nur Raihanah, Pak long, Mak Long, Kak long, Kak ngah, Kak lang and Abg Lan love you sayang and really miss you. Semoga Raihanah membesar dengan baik, menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat and bijak. We will always pray for your best Raihanah.. Jaga diri kat Melaka and hopefully Raihanah memahami tuntutan kerjaya ibu and ayah yang bekerja jauh untuk kesenangan Raihanah sekeluarga untuk masa depan. Eventhough Raihanah currently not understand the situation because you are too young and small., one day when you grow up, Raihanah will understand it better.  In Shaa Allah, semua ini sementara sebelum ayah Raihanah apply untuk tukar tempat kerja kat sini.