Persiapan tahun ni macam biasa je, takde yang special sebab aku busy weekdays sebab dah start internship, weekends penuh dengan aktiviti keluarga. Kuih raya tahun ni aku tak buat pun, maybe esok (Rabu) aku buat 1 jenis kuih je, biskut choc chip je. Yang lain kuih tunjuk ok. tak kuasa aku. Apa-apa pun, selamat menjalani finale terawih malam ni, dan selamat hari raya :)
Tuesday, 6 August 2013
Salam Aidilfitri..
Sehari je lagi, sehari je lagi nak habis Ramadhan. Malam tadi terawih, rasa sebak sangat. Masa sujud terakhir solat witir, hati ni sayu sangat bila fikirkan malam ni terawih akhir Ramadhan kali ni. Aku berdoa "Ya Allah, ampunilah segala dosaku Ya Allah, temukan aku dengan Ramadhan akan datang..amiin".
Holiday: Medan, North Sumatera. (Part 3)
Sambungan dari: Holiday: Medan, North Sumatera. (Part 2)
Pagi tu kami bangun pukul 8 lebih, bersiap-siap dan have a breakfast kt hotel dulu, baru check out pukul 10. Nampak tak lama benor nak siap2. Then, after check out kami dibawa makan2 kat satu kedai makan ni. Baru je masuk dah dikerumun peniaga untuk ambil order. Masing-masing nak lakukan makanan masing-masing. Poning den dengan kerenah mereka ni. Aku just minum teh botol. Botol dia macam botol air coke yang gelas tu, tapi dalamnye air teh O'. Memang unik.
Pagi tu kami bangun pukul 8 lebih, bersiap-siap dan have a breakfast kt hotel dulu, baru check out pukul 10. Nampak tak lama benor nak siap2. Then, after check out kami dibawa makan2 kat satu kedai makan ni. Baru je masuk dah dikerumun peniaga untuk ambil order. Masing-masing nak lakukan makanan masing-masing. Poning den dengan kerenah mereka ni. Aku just minum teh botol. Botol dia macam botol air coke yang gelas tu, tapi dalamnye air teh O'. Memang unik.
Atas meja tu dah terhidang kuih udang, so, kami just kunyah je la, kuih udangnya macam rempeyek, nipis and garing, tak macam kuih udang kt Malaysia. My mommy pulak pesan nasi dengan sup daging, not bad supnye. sedap.. :)
Lepas menjamu selera kat kedai tu, kami pergi bershopping again kat Pasar Ikan, nama pasar ikan, tp peniaga kat situ jual baju2, telekung, dan semua jenis pakaian pun ada. Nak cakap sesak jangan katalah.. memang kepanasan and sesak. Apa yg aku nampak sepanjang kat sana banyak sangat peniaga kaki lima yang merayau2 mencari customer, menakutkan jugak sebab mereka ni kalau boleh nak paksa kita beli barang dia. mengikut dari awal masuk sampai la nak habis pun ada. Puas dah macam2 alasan dibagi, ada yang tak paham bahasa pun ade, rase nak duku je kepala diorang. Rimas!
Biasalah kalau dah bershopping, hampir 'tawaf' tempat tu 3 or 4 kali, sampai dah hafal jalan dalan pasar tu. Kalini berkesempatan beli telekung travel and telekung buat mak cik and sedara yang lain. My akak pulak dapat kebaya, cantik2 kebayanya..ruginya tak beli kat sana. Pukul 3 waktu sana baru habis supping and terus ke Masjid Raya Al-Mashun untuk solat zohor dan sambil-sambil tengok tempat bersejarah tu. Masha Allah, cantik senibina masjid tu, tapi ada dua perkara yang kurang gemar kat sini..Pertama, kat pintu masuk or pintu gerbang masjid tersebut melambak pengemis yang duduk minta sedekah and buat kawasan masjid macam tempat tinggal mereka. Ramai sungguh, Bila masuk waktu Asar, peminta sedekah kat situ buat dunno je, tak pergi pun solat berjemaah. Susah kalau ada orang-orang macam ni. Kedua, kebersihan dan pemeliharaan kawasan sekitar masjid tak terjaga, tandas dan tempat wudhuk jangan cakap la, bukan nak memburukkan, minta maaf lah. Toilet ada dalam kawasan tempat wudhuk. Biasalah tu sebab semua masjid pun ada walaupun kat Malaysia, tapi saliran air bagi toilet tu tak proper. Tak ada lubang bagi laluan air kat lantai tandas tu, tandas tu tinggi, so if ada lebihan air dari tandas tu akan mengalir keluar ke tempat wudhuk, astaghfirullah..and some Indonesian, SOME of them, tak kisah kalau buang air kecil kat tempat wudhuk tu walaupun ada orang kat sekeliling, Itu yang berlaku waktu my mom masuk tempat wudhuk tu. Tanpa segan silu. Adui..Tempat solat bahagian muslimah pun tak terjaga, kotor, karpet-karpet yang dah guna bergelimpangan macam bukan tempat solat. Ya Allah.. Harap sangat mereka ni peka tentang masjid tu, tu rumah Allah, jagalah..sini binanya memang cantik..cantik sangat, jangan sampai non muslim tourists tengok keadaan macam tu...
(Cantikkan..subhanaAllah..)
(View luar masjid)
Selepas buat tour kat masjid ni, kami pun pergi melihat Istana Maimoon yang tak jauh dari Masjid Raya Al-Mashun. Tempat tu pamerkan gambar-gambar sultan yang dari dulu hinggalah sekarang. Istana Maimoon ni pun sama jugak la macam kes Masjid Raya Al-Mashun, tak terjaga, barang-barang yang dipamerkan terhad sangat-sangat, kalau masuk Istana tu hanya pandang je senibina tak lebih dari tu. One thing, bawah Istana tu dah jadi kediaman orang awam, agak terkejut la, if istana tu dibersihkan dan dijaga elok-elok termasuk menambah barang kesultanan untuk dipamerkan lagi baik dan menarik perhatian.
Dah puas berjalan and mengakhiri perjalanan kami di Medan sebelum pulang ke Malaysia, kami sekeluarga minta Pak Sainan bawa kami ke tempat ayam penyet. Maklum lah nak tahu jugak beza ayam penyet buatan Indonesia dan di Malaysia.
(Restoran Ayam Penyet Joko Solo)
Not bad la ayam penyet made in Indonesia, bahan-bahan dalam ayam penyet kat Indonesia lebih satu dan dua dari Malaysia punya. Alhamdullah usai dinner dengan Pak Sainan, kami menuju ke airport. Sudah masanya kami meninggalkan Medan, entah bila lagi akan datang ke sana. Ada juga jemput Pak Sainan and family datang wedding akak bulan December nanti, Pak Sainan kalau cukup ongkosnya boleh la ke Malaysia. Haha.
Pengalaman di Medan amat menarik, dapat mengenali budaya, makanan, perumahan, dan cara hidup orang Indonesia dengan lebih lagi walau ada banyak orang indonesia kat Malaysia. LOL. Thanks to Pak Sainan for the amazing journey, In Shaa Allah ada masa kita jumpa lagi. Horas!
p/s: Tammat sudah entry holiday @ Medan :) :)
Thursday, 18 July 2013
Holiday: Medan, North Sumatera. (Part 2)
Sambungan dari Holiday: Medan, North Sumatera (Part 1)
Nyamannya rasa kat sini.. Dan kami pun singgah ke tempat yang dituju..Air terjun sipiso-piso..
Maaflah ye sebab dah sebulan lebih tak menyambung sesi terdahulu. Janji punya janji terpaksa dimungkiri :D
Haa, ni Pak Sainan!
Haa, ni Pak Sainan!
(dr kiri: My daddy n Pak Sainan)
ok! Pagi 31st May 2013 setelah melihat pemandangan Lake Toba dari balkoni bilik, kami sekeluarga bersiap-siap untuk check out. Berat sungguh nak tinggalkan tempat ni, aku pandang je gunung ganang depan mata, subhanAllah, cantiknya ciptaan Mu ya Allah. Walaupun 1 hari je kt Lake Toba, tapi apakan daya banyak lagi aktiviti menanti di bandar Medan :) Selepas check out dari Hotel Niagara, kami menuju ke Samosir Island menaiki feri (Bagi Malaysian, feri la kot) hehe. Semasa menaiki feri ada dua budak lelaki buat persembahan menyanyikan lagu tempatan, tak tahu la nama lagu tu apa, tapi kelakar.
Inilah sebahagian sedutan tu. maaflah kalau ada kekurangan, video hp :P
Inilah sebahagian sedutan tu. maaflah kalau ada kekurangan, video hp :P
ni budak-budak tu..
Ini pulak pemandangan dari atas boat/feri (tah la) haha
(My Lil. Brother)
Masa kt Samosir Island tu, kitorang shopping2 sikit je, banyak gak kedai untuk cuci mata dan beli cenderamata. Kat sini pulak macam-macam ragam perut ni, nak masuk toilet kena bayar 60 sen duit Malaysia. Lagi mahal, Toiletnya pun takdela taraf hotel pun. >_<! Lepas bersiar-siar, kami pulang semula ke tempat asal. :)
Lepas tu, kami bersiar-siar di sekitar Lake Toba untuk mencari kedai makan yang sesuai. Tapi my father request nak makan kat Restoran Istana Minang, kata ayah makanan and lauk-pauk kat situ sedap :) so, heading back to Pekan Parapat. Masha Allah, ramai sungguh pelancong-pelancong, berbas2.. Nasib baik service kedai makan tu laju and bagus.
Then, kami meneruskan cabaran 'sakit jantung' ke pergunungan air terjun sipiso-piso. Sepanjang perjalanan, melalui rumah-rumah orang batak dan melihat sendiri kehidupan mereka kat situ. Kebanyakan mereka adalah petani dan menjalankan perniagaan sayur-sayuran kerana geografi mereka dipergunungan. Malah, boleh dikatakn macam dekat Cameron Highlands sebab cuacanya yang sejuk dan tempat tu dipenuhi kebun-kebun kobis, carrot, tomato dan sayu-sayuran yang lain. Malah mereka tiada tempat specific untuk perkuburan, kubur-kubur mereka yang menganuti christian 'bersepah-sepah'. Bayangkan ditengah-tengah kebun yg subur dengan sayur-sayuran ada satu kubur ditengah-tengahnya. Malah, ada kuburan di puncak bukit dan ada juga di tepi jalan berseorangan. Macam-macam. Tapi sayur-sayuran mereka segar! Diorang membungkus Carrot mengikut susunan, dalam satu plastik transparent besar, mereka menyusun carrots membentuk bulatan. Rugi waktu tu tak ambil gambar T_T.
Dan sebelum sampai ke air tejun sipiso-piso, kami dibawa melihat keindahan penghujung lake Toba..
Nyamannya rasa kat sini.. Dan kami pun singgah ke tempat yang dituju..Air terjun sipiso-piso..
(SubhanaAllah)
Kata Pak Sainan, atas air terjun ni adalah sawah dan air tu lalu dicelah-celah bukit ni.
Kat sini juga, kitorang amik kesempatan beli cenderamata untuk sepupu-sepupu kami, hampir dua jam kat sini sebab mencari baju yang sesuai untuk 11 orang sepupu-sepupu kami. Alhamdulillah, semua dapat kat sini.
Then, balik ke Medan. as usual la, sampai ke Grand Sakura Hotel, Medan pukul 7, hampir 4 jam, duduk dalam kereta.huhu. Kat hotel, masing-masing kepenatan, just tapaw makanan yang tak tahu nama apa, main beli je sebab lapar sangat. Dalam bungkusan tu ada nasi, sayur kacang panjang, kuah macam kari, ayam, and lain lagi (tak tahu nama). Malam tu hanya untuk berehat je..
p/s: sambungannya nanti..part 3 k..hehe
Tuesday, 2 July 2013
No time
As what i have promised before to make another entry, i really can't make it...so sorry. Full with assignments and now with final exams... pray for me k! will be back after 14th of july..In Shaa Allah..
Monday, 3 June 2013
Holiday: Medan, North Sumatera. (Part 1)
Perasaan di hati gembira sebab akhirnya dapat merasa holiday kat Indonesia. Lagi gembira bila satu keluarga pergi holiday sama-sama before akak sulungku disunting menjadi isteri orang. So, bila akak dah kawin, masa dan tanggungjawab dia bertambah. Sedihnya.. but, itu adalah lumrah dunia kan..but family bond will always there. Sebagai family, i welcoming my future brother in law. He will be my brother (maklumlah, takda abang kandung, semua kakak-kakak).
OK! Kembali kepada Medan. Tiba di Polonia International Airport pukul 2.00pm masa Indonesia which is 1 jam awal dari waktu Malaysia. Masa atas flight aku boleh lihat permandangan Medan yang pack dengan perumahan dan apa yang diberitahu oleh Pak supir populasi di Medan saja bersamaan dengan populasi di Malaysia. Wow! amazing!
OK! Kembali kepada Medan. Tiba di Polonia International Airport pukul 2.00pm masa Indonesia which is 1 jam awal dari waktu Malaysia. Masa atas flight aku boleh lihat permandangan Medan yang pack dengan perumahan dan apa yang diberitahu oleh Pak supir populasi di Medan saja bersamaan dengan populasi di Malaysia. Wow! amazing!
(From Internet..hee~ But as you can see kepadatan penduduknya..baru dari atas.kann)
Sampai je di airport kami di sambut oleh pak supir, Pak Sainan. Very friendly guy and sesiapa yang nak ke Medan boleh minta Pak Sainan tunjukkan jalan dan bersiar-siar (Nombornya kalau diminta baru diberi).hehe. Harga affordable and can nego. (rindu pulak kt Pak Sainan!) Jangan main-main, anak lelaki Pak Sainan seorang model. Haha. Gantang! Pak Sainan siap tunjukkan gambar lagi. (Jangan marah Mr.I, awak lagi hensem and ohsem.agaga)
Then, dari airport kami terus ke Lake Toba dan melalui pengembaraan 'sakit jantung'. Please siapa yang ada sakit jantung or lemah semangat bawalah ubat-ubatan anda! HAHA. Sebab, mereka-mereka di sana menggunakan hon begitu kerap, potong-memotong adalah lumrah, memotong kereta dengan jarak dekat, drive tidak mengikut lane, pejalan kaki berjalan sesukahati dan seberang jalan secara tiba-tiba dan lain-lain lagi. Term yang sesuai adalah 'seriau'.
Apa yang aku suka di medan ialah traffic lightnya sikit! Dari airport ke Lake Toba mengambil masa kira-kira 4 jam ye! dan sepanjang 4 jam melalui pekan dan bandar daerah lain boleh dikatakan mempunyai less than 10 traffic light or less than 5. Kalau kat Melaka (fact ok!), dari Alor Gajah ke Bandar Hilir..................................Lebih dari 10 traffic light! So imagine if dari airport tu ke Lake Toba mempunyai banyak traffic light macam kt Melaka, mahunya double!8 jam! As a compliment to people in Medan, driver-driver di sana mempunyai skill driving yang hebat kerana dapat menggunakan hon dan break sepenuhnya! Disarankan sesiapa yang nak cari bisnes laris di sana, bukalah workshop banyak-banyak. haha.
Sampai di Lake Toba, muka semuanya lemau dan tak bermaya, lapar! But first thing first, check in kt Niagara Hotel and Resort, Parapat, sebelum pergi makan. Aku, akak aku yang sulung and adik aku, hantar beg-beg ke bilik sementara kak ngah, ibu and ayah tunggu di lobi. Buka je bilik........wow..biliknya besar untuk dua orang. Luckily kedua-dua bilik boleh disambungkan dengan 'pintu ajaib' haha. So, dua bilik amatlah besar. Aku terjah balkoni..buka je pintu...SubhanaAllah..Alhamdulillah dapat view Lake Toba and bukit-bukau...
(my kak ngah)
(scene waktu pagi) SubhanaAllah..
Then, kami turun dan Pak Sainan bawa ke restoran Istana Minang di pekan Parapat. Kepada muslim, berhati-hati pilih kedai makan di pekan tu sebab kebanyakan kedai makan di sana diusahakan oleh non-muslim. Penduduk di Parapat kebanyakannya adalah golongan Batak (Kristian) yang.....terkenal dengan B1 and B2 panggang dan sama waktu dengannya(Fact: B1=anjing, B2=babi, istillah bagi orang di situ) .Di Istana Minang, makanannya sedap, and harganya amat sedap juga (You know what i mean). Ayam goreng (ayam kampung) seketul 20,000Rp (RM6.00), kebanyakan kedai makan di Medan, Parapat, Berastagi menggunakan ayam kampung bukan ayam bandar. So, paham-pahamlah harganya ye... Konklusinya malam tu 7 orang makan, RM15 satu kepala. Nampak macam ok la tu. Tapi kalau lihat lauk yang seciput kami ambil dan air teh o ais, di Malaysia boleh dapat bawah RM10. (Mungkin harga tourist berbeda dgn local people) Wink2!
Selepas makan, pulanglah kami ke kamar masing-masing untuk berehat.
Pagi tu pukul 6.30, cuaca cerah macam 7.30 waktu Malaysia.. Sekali lagi. SubhanaAllah..Maha Suci Allah dapat lihat pemandangan yang cantik dan hirup udara segar.
(6.30 a.m)
p/s: Akan disambung di kemudian hari untuk bahagian-bahagian seterusnya. Sudah capek, esok ada kelas pagi..uarghhh..
Subscribe to:
Posts (Atom)

















