Friday, 14 February 2014

Current status

Alhamdulillah.. officially graduated! Thank you Allah.. thank you. Nak nangis pun ada.. walaupun result tak power kebabom macam student Anugerah Naib Chancelor (ANC) & dean list (DL) tapi aku bersyukur sgt2 sbb ada peningkatan every semesters. Alhamdulillah, Allah maha Agung & Dia lah pemberi rezeki.

Terima kasih juga pd my family. Always support me whenever, wherever and whatever. Ayh and ibu, trima kasih sbb byk bagi dorongan. Ayah la yang selalu ulang alik melaka and sanggup hantar ira tiap kali ira balik kolej walaupun ira boleh naik bus. It was a huge sacrifice drpd ayah. He said it is for my own safety. Since diploma. Sometimes, aku berkeras nak balik naik bus sbb taknak susahkn ayah... balik rumah kenkadang aku dh siap beli tiket balik melaka.. so, ayah benarkan kalu dh beli. Tapi kenkadang ayah suh burn je tiket bus.. haishh. Ibu, selalu bagi nasihat and kata2 semngat.. Everytime bile aku nak balik kolej, pelukan ibu la yg buat aku kuat semangat... i will never forget that. Thank you ibu. Ibu selalu teman ayah hantar balik melaka. So, when officially graduated, ayah and ibu tak perlu hantar ira dh kt Melaka..hehe. tapi tetap akan balik Melaka jugak sebab nak balik kampung. Hehe

Thank you akak, angah & alan. I love all of you.. thanks for your supports :)

Tak lupa juga kpd semua kawan2 Bachelor of Admin. Science yg dr UiTM shah alam, kedah and yg paling penting dr kampus bandaraya Melaka. Sayang kalian. Terima kasih atas segalanya.

Buat para pensyarah, terima kasih sebab byk memberi tunjuk ajar & halalkan sgala ilmu yg dismpaikan. Maaf jika ada salah dan silap. Lagi2 bila tulisan buruk..nak kejar masa punya pasal kalah tulisan doktor. Terima kasih.

We are the last batch in UiTM KBM. FSPPP sedang berpindah ke UiTM seremban. Astalavista KBM..

Tak lupa juga my 'crime' partner Mr. I. You always understand me.. thank you dear. Dia selalu affected by my emotions. Biasalah final student pressure. Bila seharian and berminggu hadap research and assignments he always said 'its ok. Take your time dear..'.and when i cried he always comfort me.

P/s: next step, cari kerja.

Tuesday, 14 January 2014

Masa tidur tak menentu

Sepanjang final exams, tidur tak menentu. Padahal baring awal. Tapi mata, n otak ni duk ligat. Have to admit la, yg bimbang ttg exams tu for sure. Everything is on my shoulders. I have to do it right because this is my final semester. I am so scared. Sometimes i cried, everything is haunting me. What if im not performing well? What im gonna do after this? How well is my results?

I cant assure that. There is one paper left. For other papers, there are so much silly and careless mistakes i made. I admit. I realized all mistakes that i have made after went back home. Usually happened.

All that i can do is pray for the best. Hopefully there are chances to have a good result. In Shaa Allah!

P/s: i am trying my best.

Thursday, 2 January 2014

Battle for 2 weeks

Final exams..

Strategic Mgt for Public Sector (4 Jan 2014)

Knowledge Mgt (10 Jan 2014)

Mgt Accounting (13 Jan 2014)

Last paper, Service Mgt (15 Jan 2014)

P/s: wish me luck!!

Thursday, 26 December 2013

Kehendak ATAU Keperluan?

Prinsip yang aku selalu ikut, adalah orang nasihatkan. 

Aku akui, i am not perfect, kadang-kala, nafsu aku untuk beli barang banyak atau buat something over tu ada. Selalunya bila tahap ni, aku akan remindkan diri aku beli mengikut keperluan bukan kehendak. Bila ada kemampuan, baru buat kehendak.

Jika apa-apa pun barang, benda, perbuatan atau apa apa pun, tanya dulu pada diri sama ada itu kehendak atau keperluan. Dahulukan keperluan dari kehendak.

Tak salah dan bukan diancam bunuh pun kalau beli barang ikutkan kehendak, ikut kemampuan. Barang kehendak ni lebih kepada barang atau perbuatan yang kita suka bukan dari kebiasaan. Selalunya kita beli barang kehendak bila keperluan kita mostly mencukupi. 

Contoh, kita ada perfume. Masih ada, boleh bertahan dalam 2 atau 3 bulan lagi. Adakah kita akan beli perfume lagi? Jika kita beli lebih dari 1, itu kehendak. (ikut jenis barang). Ada orang kata perfume bukan satu keperluan. ikut jenis orang jugakkan. Mana tahu bau badan 'menyengat', pakai deodorant pun tak lepas.  So, ikut keperluan kita. Jangan orang tu beli, kita nak beli, orang tu ada, kita pun sama nak. Tu memang mintak 'makian' la bila berbelanja sampai berhutang keliling pinggang atau melampau.

Dari pandangan aku (Tak terer dalam apa-apa bidang pun), hanya pandangan melalui pengalaman, kita akan puas hati beli barang kehendak bila keperluan kita dipenuhi. Kalau keperluan kita kurang dari kehendak, atau kehendak kita melebihi keperluan, kita akan rasa kekurangan. Itu yang aku rasa, tak tahu lah kalau aku sorang je yang rasa. 

p/s: peace no war

Pakar

Tadi adalah seorang hamba Allah ni update status facebooknya....berbunyi begini..

"bila timbul isu ikan timbul, tibe2 ramai yg jadi pakar kaji alam,,,same mcm timbul je isu GST, tibe2 ramai yg jadi penganalisis ekonomi x bertauliah..cepat betul bertukar2 profession. msg2 memg terus terer pasal ekonomi... nothing impossible..."

Bagi aku, memang isu-isu sebegini lagi-lagi pasal berita terkini memang ramai umat yang akan komen, berbincang and sebagainya. Nama pun manusiakan. Ada limit, ada kebebasan. Tak salah orang nyatakan pendapat. Berpada-pada.

Hamba Allah ni seringkali come out with status-status yang menjadi perhatian aku. Status-status yang 'agak pakar' tentang isu-isu begini. Sebenarnya dia tak nampak, sebenarnya dialah pakar-pakar tu dengan meng'update' pelbagai isu dan memberi pandangan dia. Disebabkan itu, bila kesabaran manusia pun ada limit, aku terpaksa tulis entry ni. 

Ekonomi adalah sains pengkajian terhadap sifat KELAKUAN MANUSIA yang berhubung kait pada sesuatu keperluan dengan SUMBER KEPERLUAN untuk TUJUAN yang Berbeza (Lionel Robbins, 1932).

Bukan kata MESTI terer pasal ekonomi baru boleh bercakap. Ekonomi bukan perkara asing dalam hidup kita, BUKAN. Sedangkan dari sekolah kita diajar tentang ekonomi. Siap ada subjek "Ekonomi Rumah Tangga". Kenapa sempit sangat pemikiran tu. Adakah kita kene belajar Master in Economy, PhD, baru boleh kata tentang Ekonomi? Kita sendiri tahu tentang pendapatan kita dan kestabilan kewangan kita, it is common things! You should know that. Kalau kau tahu kewangan kau tak stabil sekarang, adakah kau nak berbelanja melebihi keperluan?? People can easily observe and judge. 

Melampau la kalau semua benda kau nak sokong. Kalau perkara baik, sokonglah. Kalau tak, tentanglah.