Thursday, 14 February 2013

owh blog.

Aku andaikan hampir 3 bulan blog aku ni 'bisu' tanpa sebarang entry. Apa nak buat kalau masa lapang tiada. Banyak benda lain aku nak buat. ong gedek2 hee~

Dalam 3 bulan ni banyak benda berlaku, banyak peristiwa dan kenangan. Last semester was very busy and i didn't have much time to focused on social networking, lagi2 blog. Sekadar update apa yang patut. Facebook pun aku dah jarang update status yang mengarut2.haha.

So far, Alhamdulillah my relationship with Mr. I is good and great. Nak masuk 1 tahun 5 bulan. In shaa Allah, dengan izinNya hubungan ni berkekalan. Dia memang baik, memahami, penyayang, and bukan egois. Walaupun kadang-kadang 'berliku', kitorg boleh handle dengan baik. Alhamdulillah. Aku rasa aku yang garang bukan dia. hewhew. Family dia ada gak la cakap nak 'cop' aku & ke status yg sterusnya, im so  happy sebab family dia cool and terima aku, parents dia memang baik, adik-beradiknya, ipar-duainya, sedara-maranya and anak-anak buahnya Alhamdulillah.. aku nak je terima.. BUT, mentally je la, physically tak stabil lagi. 1st aku masih belajar and still struggling, income pun tarak kan. Then kakak sulung and angah aku pun tak lepas lagi status bujang, kakak sulung aku tahun ni dia bakal berkahwin hujung tahun, so, camtulah.hee. Tapi in shaa Allah,kalau dipermudahkan our target 2015. Dia pun memahami. Tapi kadang2 dia nakal gak...aku mampu cakap 'amboiiii'. i <3 you :)

Aku dah nak masuk sem 5, aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan aku mampu berjaya. tinggal 2 sem je lagi, so, aku plan after degree aku nak kerja, kumpul duit, plan kawin. (haha), bila kerja dah agak stabil, aku nak amik master. In shaa Allah. Lagipun cukup2lah aku baca buku selama 16 tahun, pergi tadika, pergi sekolah, jawab exams, pergi tuition, habis sekolah, pergi universiti, jawab exams dan lain-lain lagi. Umur aku sekarang pun dah nak masuk 22 tahun, 5 tahun je aku duduk goyang kaki and otak aku ringan. :D Bagi aku rehat sebentar, 3 tahun lagi umur aku 25 tahun, dah tua dan nak tua dah. Ada gak kalangan kawan-kawan aku nak teruskan master. Its ok they can afford it or willing to, but aku, aku taknak berhutang dengan PTPTN lagi, and taknak menyusahkan parents aku nak tanggung. Nanti master, aku gunalah duit aku sendiri. Umur aku 19 dah ada hutang RM12,500. Nasib tu diploma. Kalaulah degree aku amik lagi RM12 ribu lebih. Hampir 30k, belum masuk nanti ada rumah ke pe ke dan jenuh aku nak membayar balik semua hutang  termasuk interest. Belum kerja dah nak bayar hutang kannnn.

p/s: In shaa Allah dipermudahkan.

2 comments: