Monday 3 June 2013

Holiday: Medan, North Sumatera. (Part 1)

Perasaan di hati gembira sebab akhirnya dapat merasa holiday kat Indonesia. Lagi gembira bila satu keluarga pergi holiday sama-sama before akak sulungku disunting menjadi isteri orang. So, bila akak dah kawin, masa dan tanggungjawab dia bertambah. Sedihnya.. but, itu adalah lumrah dunia kan..but family bond will always there. Sebagai family, i welcoming my future brother in law. He will be my brother (maklumlah, takda abang kandung, semua kakak-kakak).

OK! Kembali kepada Medan. Tiba di Polonia International Airport pukul 2.00pm masa Indonesia which is 1 jam awal dari waktu Malaysia. Masa atas flight aku boleh lihat permandangan Medan yang pack dengan perumahan dan apa yang diberitahu oleh Pak supir populasi di Medan saja bersamaan dengan populasi di Malaysia. Wow! amazing!

(From Internet..hee~ But as you can see kepadatan penduduknya..baru dari atas.kann)


Sampai je di airport kami di sambut oleh pak supir, Pak Sainan. Very friendly guy and sesiapa yang nak ke Medan boleh minta Pak Sainan tunjukkan jalan dan bersiar-siar (Nombornya kalau diminta baru diberi).hehe. Harga affordable and can nego. (rindu pulak kt Pak Sainan!) Jangan main-main, anak lelaki Pak Sainan seorang model. Haha. Gantang! Pak Sainan siap tunjukkan gambar lagi. (Jangan marah Mr.I, awak lagi hensem and ohsem.agaga)

Then, dari airport kami terus ke Lake Toba dan melalui pengembaraan 'sakit jantung'. Please siapa yang ada sakit jantung or lemah semangat bawalah ubat-ubatan anda! HAHA. Sebab, mereka-mereka di sana menggunakan hon begitu kerap, potong-memotong adalah lumrah, memotong kereta dengan jarak dekat, drive tidak mengikut lane, pejalan kaki berjalan sesukahati dan seberang jalan secara tiba-tiba dan lain-lain lagi. Term yang sesuai adalah 'seriau'. 

Apa yang aku suka di medan ialah traffic lightnya sikit! Dari airport ke Lake Toba mengambil masa kira-kira 4 jam ye! dan sepanjang 4 jam melalui pekan dan bandar daerah lain boleh dikatakan mempunyai less than 10 traffic light or less than 5. Kalau kat Melaka (fact ok!), dari Alor Gajah ke Bandar Hilir..................................Lebih dari 10 traffic light! So imagine if dari airport tu ke Lake Toba mempunyai banyak traffic light macam kt Melaka, mahunya double!8 jam! As a compliment to people in Medan, driver-driver di sana mempunyai skill driving yang hebat kerana dapat menggunakan hon dan break sepenuhnya! Disarankan sesiapa yang nak cari bisnes laris di sana, bukalah workshop banyak-banyak. haha.

Sampai di Lake Toba, muka semuanya lemau dan tak bermaya, lapar! But first thing first, check in kt Niagara Hotel and Resort, Parapat, sebelum pergi makan. Aku, akak aku yang sulung and adik aku, hantar beg-beg ke bilik sementara kak ngah, ibu and ayah tunggu di lobi. Buka je bilik........wow..biliknya besar untuk dua orang. Luckily kedua-dua bilik boleh disambungkan dengan 'pintu ajaib' haha. So, dua bilik amatlah besar. Aku terjah balkoni..buka je pintu...SubhanaAllah..Alhamdulillah dapat view Lake Toba and bukit-bukau... 

(my kak ngah)


(scene waktu pagi) SubhanaAllah.. 


Then, kami turun dan Pak Sainan bawa ke restoran Istana Minang di pekan Parapat. Kepada muslim, berhati-hati pilih kedai makan di pekan tu sebab kebanyakan kedai makan di sana diusahakan oleh non-muslim. Penduduk di Parapat kebanyakannya adalah golongan Batak (Kristian) yang.....terkenal dengan B1 and B2 panggang dan sama waktu dengannya(Fact: B1=anjing, B2=babi, istillah bagi orang di situ) .Di Istana Minang, makanannya sedap, and harganya amat sedap juga (You know what i mean). Ayam goreng (ayam kampung) seketul 20,000Rp (RM6.00), kebanyakan kedai makan di Medan, Parapat, Berastagi menggunakan ayam kampung bukan ayam bandar. So, paham-pahamlah harganya ye... Konklusinya malam tu 7 orang makan, RM15 satu kepala. Nampak macam ok la tu. Tapi kalau lihat lauk yang seciput kami ambil dan air teh o ais, di Malaysia boleh dapat bawah RM10. (Mungkin harga tourist berbeda dgn local people)  Wink2!

Selepas makan, pulanglah kami ke kamar masing-masing untuk berehat. 

Pagi tu pukul 6.30, cuaca cerah macam 7.30 waktu Malaysia.. Sekali lagi. SubhanaAllah..Maha Suci Allah dapat lihat pemandangan yang cantik dan hirup udara segar. 

(6.30 a.m)


p/s: Akan disambung di kemudian hari untuk bahagian-bahagian seterusnya. Sudah capek, esok ada kelas pagi..uarghhh..