Saturday 30 March 2013

si dia dan si dia

Sejujurnya aku makin menghormati Mr. I pabila dia membenarkan aku me'reply' mesej ucapan hari lahir dari seseorang yang pernah menjadi teman istimewa aku. Maybe orang akan kata, 'alah, pasal reply je kot'. Tapi bagi aku itu cukup membuatkan aku bangga mempunyai Mr.I. Si dia yang menghantar mesej menaip begitu panjang dengan ucapan hari lahir dan luahan hati, sayu hati aku. Tapi apa yang dah jadi tak boleh patah balik.

Bagi aku hidup perlukan kejujuran, malam tu aku beritahu Mr. I, then dia bersikap tenang, dia nak baca mesej tu, aku pun forwardkan. Then dia terdiam, baru dia bersuara lepas membaca mesej "awak reply ke?" aku pun cakap "tak pun". Mr. I pun cakap, "reply la, kesian lak..Ermm, Awak rasa sedih ke?". Kaget aku dengan soalan dia, hati aku berdegup kencang. Sejujurnya aku cakap "ada la sikit" walaupun aku takut jawapan aku menyakitkan hati dia.. Dia terdiam,.dia cakap "reply la, cakap thanks sebab wish,". Aku terkedu.. Baiknya hati Mr. I, kalau Bf orang lain mahunye dah berkasar or cakap takyah balas. 

Mr. I yang aku kenali memang mempunyai hati yang lembut dan baik. Alhamdulillah aku dapat mengenali dia.

p/s: i love u
       

Saturday 23 March 2013

22 years old.

Tanggal 21 March 2013, aku berumur 22 tahun.

Aku bersyukur kepada Allah yang memberi nikmat hidup sepanjang 22 tahun ni dan in shaa Allah di masa akan datang. Alhamdulillah! Terima Kasih pada Ayah & Ibu yang membesarkan ira dengan penuh kasih sayang. Terima kasih pada akak & angah kerana menjadi kakak yang hebat. Thanks to Alan sebab menjadi tempat kak lang  bergurau and bergaduh, haha, thanks jadi adik yang baik :) Thanks to all my uncles and aunties yang awesome. Thanks to Mr. I yang menjadi teman yang setia, penyayang and memahami. Thanks to all my frens yang selalu ada di kala susah dan senang. Thank you all.

Memandangkan tepat pukul 12 malam 21 mac aku kt Melaka, without my family, all my housemates buat surprise. Lebih kurang pukul 11 niat hati nak 'lepaking' kt bilik sebelah, tapi dikuncinya, berkali-kali diketuk, diorang buat dunno termasuklah roomate aku, izzah yang ada dalam tu, aku pun melangkah masuk bilik sendiri melayan Running Man. haha. Tapi sebelum tu aku kunci pintu, saja taknak bagi Izzah masuk and mereka-mereka yang berkenaan :P Then, Izzah ketuk pintu nak masuk bilik, aku pun buat dunno je, bajet nak balas dendam. Bertalu-talu ketukan kt pintu, so, aku pun bukak la sebelum pintu tu roboh, Izzah masuk, aku pun tutup balik pintu sbb taknak ada lagi 1 monster (housemate) Ily masuk...sepanjang malam tu aku saja bergurau lari dari dia sebenarnya, saja je konon merajuk sebab ily nak balik KL mlm tu. Then, bila dah tutup pintu, ada lg ketukan dr Ainul(housemate), aku pun suruh Izzah bukak..... Jeng3x.. Dia masuk bawak kek & menyanyi..Then, Ily and housmates aku yg lain pun join. Seriously speechless, aku pun tak perasan dah pukul 12 sebab asyik tengok Running Man...haha. Thanks guys for everything, I love you all...muahhh!!!

(Ainul buat kad yang sangat kreatif)
#padan la dia busy semacam je nak pergi kedai fotostat and print

(Ucapan dari Ily)
#touched

My favourite #indulgence Yummmy!

Then hari yang sama, Khamis, aku pulang ke rumah after class, untungnya kelas takde hari jumaat, memang mencari peluang je la untuk balik :P Sampai rumah before 8, Then, kakak aku yang sulung ajak celebrate and dinner kt luar dengan angah, ayah n ibu, so aku follow je la.. rezeki katakan. hehe. Gerak pukul 9, menuju arah Tesco Ampang, sampai di tesco aku baru tawu my future brother in law, Abg Shafique, pun turut serta & on the way, unlucky, sampai je depan kedai, Pizza Hut hanya terima take away je sebab dah pukul 9 lebih. Hampa... Muka semua kuciwa je depan kedai tu....... aku pun suruh la angah aku google pizza hut yang mana yang lambat tutup, aku khusyuk tengok angah, Then aku dengar ayah aku berbunyi macam sedang cakap something, aku toleh, ayah senyum and menunjukkan riak muka yang pelik. Tapi ayah buat-buat macam takde pape, aku toleh belakang tengok muka ibu and akak nampak pelik and macam sembunyikan something, Then aku nampak Abg Shafique baru sampai kt belakang ibu.. THEN, belakang Abg Shafique yang tinggi tu aku nampak.....................................MR.I......... kumain terperanjat aku. haha. semua family aku gelak and cakap surprise tak..haha

[Before tu, waktu aku sampai rumah, aku tengah bbm dengan dia, dia cakap nak pergi rumah sedara kat gombak dengan parents nya. Takde la syak apa-apa, sebab sebelum ni pun dia selalu temankan parents dia. Then, bila aku keluar pukul 9 tu, aku tanya dia kt mana, takde khabar dia dah sampai rumah sedara pun.. Banyak kali gak la, tapi satu pun dia tak jawab....Aku pun diam je la..malas nak PING!PING! seratus kali :P ]

Aku punya terkejut, sampai ternganga (sikit la) and speechless :P aku cakap depan semua "Padanlah bbm tak di replynya" Dia pun gelak. haha. Tak jadi nak marah :P  Thanks to my beloved family because give me a big surprise....Thanks Mr. I sebab datang buat surprise, bawa kek and hadiah. wee! So, Alhamdulillah, Pizza Hut kt Ampang Point buka sampai pukul 11. We have so much fun that night. :)

Tersenyum lebar Mr. I

Sweet couple. (My sis & Abg Shafique)
(Future Bride&Groom)

Yang ni pertandingan minum air satu gelas pepsi sampai habis kaum lelaki
(Semangat tiga-tiga orang)


Bakal biras :P

Present from him ---> Mr. I Ted
hehehe


p/s: thanks to Ayah, Ibu, Akak, Angah, Abg Shafique and Mr. I for everything. Birthday celebration kali ni takkan ira lupakan sampai bila-bila. Thanks juga all my housemates, thank you dear. To my lil bro, Alan, yang tak dapat ikut serta, next time Alan balik kite celebrate lagi ye :)