Tuesday 29 December 2015

60 hari lagi! : Road to my wedding

Bila tengok kalendar last week baru perasan masa berjalan dengan pantas. OMGGGGG. Berdebar? Of course! Now, dah dipenghujung 2015, umur pun berjalan dan bertambah.

Semalam MC & pergi Klinik Kita Pandan Kapitol, masa consultation, doktor yang rawat aku dari aku kecil, Dr Abd Latiff belek-belek kad kesihatan aku yang dah lama since 1998 and my status masih kanak-kanak. Dia gelak!dah 17 Tahun lama!dia kata umur sekarang dah berapa, ni status tak ubah lagi ni. Lepas column kanak-kanak, ada column Bujang & Kahwin. Dia pun pergi pangkah column kanak-kanak & bulat kan column bujang. Pastu dia tanya, nak kahwin bila ni? Aku jawab "Inshaa Allah tahun depan" Mata dia buntang, tahun depan? bulan berapa?hari?. aku dah tergelak dah, baru dia mention pasal ubah status kanak-kanak ke bujang. Aku pun jawab la February, sekian..sekian..sekian.. Dia kata 'Nak dekat la tu, jangan lupa jemput saya' hahaha. Aku kata nanti aku hantar kad. hehehehe. Nasib la takde patient masa tu, chatting pun lama.

Kad kahwin dah siap! Last week dah ambil, I was so excited! Just simple & nice, Encik Tunang yang pilih warna & design. Tak mahal pun, cukuplah buat hati aku berbunga-bunga. Ayah pun excited! tahu sebab apa?? Sebab first kad kahwin anak dia yang nama dia ada Haji kt depan! hahahahaha. Haji Joffri & Hajjah Jamaliah! ayah pandang ibu, ayah panggil hajjah..hajjah.hahahaha.. sekarang just tunggu rubber stamp sampai, nak stamp kt envelope kad kahwin.




kalau diikutkan, masih ada lagi nak buat, sticker goodies tak tempah lagi walaupun goodies dah beli. tudung nikah & sanding belum. Takpelah, satu-satu buat, ada masa lagi. Don't worry be happy.


Wednesday 9 September 2015

Ayah & Ibu Menunaikan Haji

Alhamdulillah,

Akhirnya Allah menjemput Ayah & Ibu menjadi tetamuNya ke Tanah Suci tahun ni. Rasa sebak dan gembira. Impian Ayah & Ibu terlaksana.

Pagi 5.00, 8 September 2015, kami bergerak ke Kelana Jaya dan sampai di sana 5 minit sebelum Azan Subuh. Sayu hati ni bila IKIM fm mengalunkan zikir-zikir, selawat dan zikir taubat. Betapa bertuahnya ayah dan ibu dapat menunaikan haji. Agaknya bila rezeki aku ke sana?

Bergenang air mata setiap saat menghantar kedua-dua buah hati ke sana, aku tahan sehingga 'announcement' jemaah haji kumpulan A dan B boleh masuk daftar. Tapi air mata aku tumpah sederas-derasnya masa salam dan peluk ayah dan ibu. Aku tengok saja mereka masuk dalam kompleks sampailah hilang kelibat mereka (Saat menaip ni pun, air mata masih bergenang)





Dalam hati, aku risau teramat sangat. Kesihatan, keselamatan dan semuanya. Beg mereka berat, aku risau betul, ibu dah lah kecik, macam mana nak angkat beg-beg tu, Beg kuning tu pun dah boleh buat terhuyung-hayang, inikan beg tarik yang boleh masuk orang tu. Aku berdoa supaya Allah lindungi mereka sentiasa.

Setiap masa dari masa mereka depart, kami track down flight ayah & ibu guna Flight Radar. Walaupun tak dapat hilang semua kerisauan dan kerinduan, sekurang-kurangnya kami dapat tahu perkembangan ayah dan ibu.

Mereka sampai ke Mekkah pukul 9.30 Malam (Waktu Malaysia), dari pukul 9.30 sampailah pukul 3.30 petang hari ni, 9/9/2015, tiada khabar berita. Barulah ayah & ibu call Angah tadi. Lega hati.

I love you Ayah. I love you Ibu. Take care! 23/10/2015 kita jumpa ye!



Monday 10 August 2015

My E-day

Alhamdulillah,

Everything went well. Walaupun penat, Alhamdulillah semuanya ok!

Our first step! 8/8/2015



Terima kasih pada seluruh ahli keluarga. Makcik2 & pakcik2 ku yang bertungkus lumus menolong majlis doa selamat haji ayah & ibu, Open House 2015 & majlis pertunangan. Terima kasih semua!

Hasil make up daripada my gorgeous mak saudara a.k.a Magika Fingers







Yang belah kiri ni Amal (my bff), Yang belah kanan tu Najia (my bff). Gaya tangkap gambar diilhamkan oleh amal untuk tutup mata.


p/s: Doakan supaya Ayah & Ibu mendapat haji yang mabrur. Doakan kami juga :) 







Thursday 11 June 2015

DIY Cermin 'Stand'

Semalam minta cermin kat Kak Norsey (my colleague), sebab cari kat dalam laci & semua tempat aku takde. Lagi satu, tempat stand cermin tu dah patah sebelum ni.

Kak Norsey pun hulur la cermin tu, yang aku ni hulur tangan dulu sebelum tengok, bile dah tangan dah sentuh baru tengok. Sekali tengok, terkejut! Kreatif betul Kak Norsey. aku pun tak terfikir nak buat macam ni before.

1.Perlukan 'Book end holder'

2.Perlukan 'paper clip'-Masukkan ke dalam lubang.
Kalau takde lubang, buat la macam mana pun supaya cermin boleh berdiri.

3.Perlukan Cermin tanpa stand :D

4.Tara!


Thank you Kak Norsey. Bernas sekali.

Wednesday 10 June 2015

Rancang kehidupan

Aku start buat perancangan yang serius umur 19 tahun (sebab lagi setahun nak menginjak ke 20 rasanya baru nak sedar). Nak kerja umur berapa, nak belajar sampai takat mana, nak buat apa dan lain-lain lagi.

Lepas SPM cita-cita nak amik jurusan undang-undang, tapi tak lepas sebab sangkut kat subjek Bahasa Inggeris dapat B4. Gred luluskan B3, takpelah, bukan rezeki. Tapi bila dapat 'consultation' dari bahagian pengambilan UiTM, second choice is Diploma Pentadbiran Awam yang mana bila habis diploma boleh ambil Jurusan Undang-Undang (jalan alternatif).

Jadi, mohon lah Diploma Pentadbiran Awam sebagai pilihan utama. Alhamdulillah dapat. Dah habis diploma, terus hilang rasa nak sambung undang-undang. Orang kata 'follow the flow'. Terus ambil course Degree bawah fakulti yang sama. Masa batch aku ada 2 course yang buka, Bachelor of Corporate Administration (BCA) ATAU Bachelor Administration Science (BAS). BCA ni lebih kepada calculation, BAS ni banyak kepada baca. 2 reasons aku pilih BAS dari BCA atau Law:

1) Sebab banyak baca/fakta dari calculation (compared to BCA). I Like!
2) Sebab time period course BAS hanya 2 tahun setengah (compared to Law). So, Aku akan habis degree before aku umur 23 (Konvo dah masuk umur 23)

Kan dah kata aku dah rancang umur aku berapa patut habis study degree... hahaha.

Then, rancang lagi, habis Degree nak terus cari kerja, sambung Master nanti sebab;

1) Tak nak bagi PTPTN kaya (Hutang melambakkkk) Cukup la hutang Diploma yang berbelas-belas, Taknak tambah sampai berpuluh-puluh



2) Nak cari pengalaman dulu.

3) Otak tak boleh nak belajar lagi. Biar rehat dari sebarang tanggungjawab akademik. (memang betul)



Alhamdulillah, apa yang dirancang on the right track walaupun tak sesempurna yang dirancang. After habis study, cari kerja, 3 bulan tanam anggur. Hantar resume di mana-mana sahaja. Ada yang kena tipu. Ada lah satu company, call kata aku dapat interview lepas apply dekat website cari kerja (e.g jobstreet), minta datang interview dua hari lagi. So, agree je la, excited! malam sebelum interview tu rasa berat sangat hati ni (walaupun dah tahu company tu buat bisness apa & etc). Tetap tak puas hati, google la nama company tu,  Google kan ada banyak page (Goooooooooooooooooooooogle). Page yang depan tak keluar la sangat, sekali page yang belakang nampak satu blog ada nama company tu. Rupa-rupanya company scam, sebab offer position lain, bila tanya job scope kena buat marketing & investment. Bukan seorang yang kena, tapi ramai yang kena & share pengalaman. Patut rasa tak sedap hati, Alhamdulillah!

Nasihat untuk fresh graduate: sebelum hantar resume, carilah info pasal company tu. Google it! tengok la website. Luangkan masa dengan internet. hahaha.

Masuk bulan ke-4 dah start kerja. Alhamdulillah. Dapat kerja umur 23. Rancangan masa depan ni sampai umur 25. wakaka., bukan sampai 30 ke 40 ke... ok apa! Rancangan Malaysia (RMK) pun lima tahun sekali. Rancang sikit-sikit dulu kan, mesti ada gap masa dari umur ni ke umur ni nak rancang apa. Baru boleh nampak. But, mesti ada rancangan masa panjang sampai ke tua. Yang rancangan 5 tahun sekali (rancangan masa pendek) tu adalah pengisian rancangan jangka masa panjang. Nampak tak wawasan. hahaha

Sekarang umur 24. baru nak fikir umur 25 sampai ke 30 nak buat apa.

Nak tahu achievement yang difikirkan umur 25 lepas complete 'berlari' 2 rounds (Diploma & Degree) kejar akademik? Kahwin! hahaha. Nampak tak.

Dari pandangan aku, umur 25 dah boleh buat perancangan nak kahwin. Umur paling maksimum, below 30 (Jodoh adalah ketentuan Allah). Macam aku cakap ni perancangan aku since umur aku 19. Kalau tak diizinkan Allah untuk jadi apa yang telah dirancang, kita keep on going jangan give up sebab ada jalan lain.

Tahun depan umur aku 25, before jejak 25 tahun masa bulan March. In shaa Allah, kahwin.

Aku tak pernah terniat nak ber'boyfriend' untuk jangka masa pendek. Ber'skandal' ke. Biar satu sampai habis. Bagi aku buang masa, buang duit. Nak cari biar yang nak buat suami, bukan untuk suka-suka. Ada la 'somebody' yang 'proposed' aku nak ber'skandal' dulu, aku tak percaya betul ada orang macam ni.

In shaa Allah, ada rezeki lebih, ada masa nak mulakan kembali tanggungjawab akademik yang ditangguh. Rancang antara umur 25 ke 30 nak sambung Master. Dalam perancangan..hee~~

Alhamdulillah, Allah izinkan setiap rancangan walaupun tak sesempurna macam yang dirancang, ada dugaan & kesusahan disebaliknya, asas rancangan tu menjadi. In Shaa Allah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua. Amin!









Tuesday 9 June 2015

Setiap Yang Terjadi Ada Hikmah

Assalamualaikum 2015,

Nampak tak bulan June 2015 baru nak buat entry. Banyak cerita, banyak and banyak.. kalau update ni mahu lagi 6 bulan baru habis. Nak sort out benda penting dulu (Ikut Bulan)..

1) 1st January

Transfer from HR department to Finance department. Sebabnya, job scope yang lebih kepada bab-bab finance. I dislike (nak guna Hate macam teruk sangat) Finance/Maths/Calculation since I was in primary school until now. Redha dan redha...pasrah dan pasrah. Office from level 17 ke level 18. New environment even in the same company. Nak tahu sebab apa? Bila jalan level 17, bunyi suara lagi kuat dari tapak kasut. Tapi bila level 18, bunyi tapak kasut lagi kuat dari suara manusia.

But, setiap yang terjadi pasti ada hikmah, percayalah apa pun yang terjadi, Allah dah tuliskan dan tentukan yang terbaik. I feel better now because i got better boss & more specific job scope. Alhamdulillah.

2) 27 March

My Sis Wedding. My second elder sis (Angah). Syukur bila dia berjumpa the right person at the right time. Banyak benda yang dia lalui nak sampai ke tahap ni. Pain & Struggle. Aku tahu dia kuat & Allah pasti dah sediakan yang terbaik buat dia.

The best thing that is their love story. Bila aku tahu cerita ni, aku rasa..awesome! Hebat rancangan Allah..Subhanallah!(both at the same age) Angah supposed kenal her husband (Abg Badar) at Matriks dulu. Supposed. But, Allah dah tentukan dia jumpa the 'wrong' person first at Matriks.

Abg Badar sepatutnya masuk Matriks yang sama, semester yang sama dengan angah, & dia dah dapat pun cheque (post) yang selalu pelajar Matriks dapat sebelum masuk daftar. Dan Abg Badar rejected cheque tu sebab dapat better offer dekat UTP. At last, they meet when they worked at the same place.. Jodoh.

3) Road to My Wedding (Chapter 1: The Engagement: 2 months to go)

Beli barang-barang hantaran sikit-sikit. Bermula dengan Perfume, Wallet/Belt, dan lain-lain. Alhamdulillah, complete. So, almost 80%, Tinggal nak digubah je oleh my aunt @ mak uda. hehehe. Thank you Mak Uda. Make Up untuk E-Day pun dah siap confirm, my aunt juga, Acik, Thank you acik. Sesiapa yang berminat untuk di'make up'kan boleh la ke Blognya sum1buchuknya ATAU ke Facebook beliau Magika Fingers (Jue Johari) . Tunang my 1st & 2nd sis pun di make up kan oleh Acik. Cantik. Natural...Highly recommended!



Nice kan..

In Shaa Allah my turn nanti nak cantik macam ni.. heeee~

Goodies untuk tunang 50% in the making, mula buat sebelum puasa sebab memang tak nak kacau tengah-tengah puasa. 2 minggu lepas raya je majlis, ibu pun suggest prepare awal. Bekas dah ada tapi tag goodies masih dalam proses, Tag goodies DIY ok! print sendiri, potong sendiri & tinggal nak 'tepek' je. 

4) Road to My Wedding (Chapter 2: Akad Nikah & Majlis: 8 months to go)

The date was set. Tak boleh diundur dan tak boleh dianjak..In Shaa Allah, dewan dah di booked. Plan nak buat Sabtu, tapi apa boleh buat tarikh Sabtu tu ada dah orang, so kita buat Ahad la. Takpe la, ada kelainan sikit. So, nikah Sabtu. Masa nak book dewan, macam-macam dewan keluar, tapi top 3 yang di hati:

i)  Dewan Serbaguna Taman Tasik Ampang Hilir 
ii)  Laman Dealova, Taman Dagang
iii) Dewan MPAJ, Pandan Indah

Nak dijadikan cerita, nak book dewan afdalnya buat setahun sebelum, Try call sana sini, macam nak give up pun ada. 2 hari bulan dah call Management Dewan Taman Tasik tu, ingat awal la (maybe orang terawal la book) tapi...dah penuh. Tanya banyak kali siap betul ke 'like seriously??'. Tapi hati terluka. Ok fine, Cuba la Laman Dealova, pergi tengok tempat tu weekends, Ok lah. Parking space besar, Tapi ayah tak 'gemar' katanya jauh & susah cari. Try call MPAJ untuk Dewan MPAJ (paling dekat dengan rumah, masih available! Nak book kena datang sendiri & bayar deposit. Jadi, ambil la cuti, Pagi tu ayah masuk bilik (Tak bangun lagi) kata tak nak Dewan MPAJ sebab banyak lalat & baik buat kat Laman Dealova [u-turn decision] (tak tahu la sebab masa majlis Kak Long kat Dewan MPAJ okey je). Like seriously?? (saja buat gempak). Ambil cuti sebab ni, pastu? ayah dengan coolnya kata so cuti la...Grrr. So, memang nak book Laman Dealova la akhirnya. Tarik selimut, tidur balik, malas nak fikir. Tapi ayah & ibu still tak puas hati dengan Dewan Taman Tasik tu, haritu juga mereka berdua pergi tanya sendiri. Lepas 'Serious Discussion', the date Sabtu memang dah ada orang, untuk Ahad masih available sebab orang yang dah book tu tak bayar lagi (Book dah seminggu, tapi tak bayar lagi). Di atas sebab-sebab tersebut, tarikh Ahad tu, dewan jadi milik kami. Haa.. Lega & Redha! Itulah cabaran pertama road to my wedding. hahaha

Untuk hantaran, as to make it simple, no hantaran bila majlis ni sebab hantaran dibuat 'total' masa tunang nanti. Bukan simple saja, tapi budget, tak perlu nak buat hantaran lagi dan bila majlis just perlu fikir pasal majlis dan benda-benda lain yang perlu diberi perhatian. Simple! (Hanya ada dulang duit hantaran, jewelry & cake(optional))

Disebabkan gap E-day & Majlis Nikah 6 bulan dan bermulanya bulan puasa & raya lepas ni, the real preparation akan dibuat after Raya. Cuma dewan, baju & gelang nikah yang dah confirm/beli. Disebabkan merisik & tunang dapat cincin, untuk nikah tukar jadi gelang pula, Fair. Catering, Bridal, Goodies & etc not yet decided/done. Even warna tema pun masih diawang-awangan. So, wish me luck! 

Belah Mr.I, goodies dia dah order. Jauh di negeri orang, kena pergi ambil pulak tu. Baju nikah & sampin & dewan pun dah ada (dia kata kalau pakai baju tu jadi Aaron Aziz nanti) cehh perasan..Cuma tinggal bridal & catering sahaja.  


Ok Bye.


p/s: Doakan kami.