Tuesday, 9 August 2016

Surat Khabar

Dari dulu sampai, semenjak sekolah menengah, hari-hari baca surat khabar. Semua jenis. Tak kisah yang mana selagi dinamakan surat khabar. Tapi surat khabar yang dibeli masa sekolah KOSMO la kan, dulu dapatla bawah seringgit, duit belanja harian kalau ada lebih beli surat khabar. Lagi la 7E dekat dengan sekolah, sementara tunggu ayah datang ambil pergi beli, tak pun duduk kt 7E baca surat khabar.

Terbawak perangai baca surat khabar sampai la ke Universiti. Bawah katil melambak surat khabar lama. Kaya makcik cleaner kt kolej sebab aku tinggalkkan surat khabar lama yang melambak tu, boleh jual. Lagi satu, aku famous :D , kawan-kawan satu level datang minta surat khabar lama buat alas bila makan. tak ke berguna. Banyak pahala aku dapat. hahaha. Bila kt Universiti, ada duit lebih sikit, beli campur, kadang-kadang New Straits Times, The Star, Harian Metro, KOSMO, Berita Harian, Sinar Harian. Cuma 1 je aku tak suka beli, Utusan, surat khabar ni aku baca kat library. kikiki.

Mana yang kawan-kawan tahulah perangai aku beli surat khabar, bawak la ke hulu ke hilir walaupun dalam kelas. Then, diorang pinjam.Tapi aku pantang betul orang yang dah pinjam dan pulangkan balik tak kemas pastu berlipat-lipat, suka hati dia je nak keluarkan sisipan tu. Dah tahu pinjam, jangan buat suka hati. Sakit hati!

So, bila dah tahu perangai cam gitu, aku beli masa dah habis kelas, kalau tak pun aku simpan je dalam beg sampai la balik bilik. Bukan kedekut, tapi aku bagi baca kt orang yg memang kenal aku dan yang ada 'manner' je.

Ada la mulut mengata dan perli, aku ni skema/pelik, suka baca surat khabar pastu beli. You know what, i dont give a damn about that. Kadang-kadang sampai satu masa aku laser jugak, "Aku beli, tapi kau baca gak", "aku beli kau minta jugak surat khabar lama buat alas" Memang angin satu badan, kau dah baca and guna surat khabar orang, pastu mengata. Memang nak kena la kan. Do respect people with difference habits, likes & etc. Don't think other people like yours too.

Bila zaman makin maju, aku baca online je sekarang. Everyday. Kadang-kadang je beli tak pun amik yang free surat khabar. hahaha

Why i read newpapers?

1. Bagi aku, kita kena ada info dan ilmu. Pelbagaikan pengetahuan. Isu semasa, politik, kewangan, sukan. Semua tu berguna dalam kehidupan seharian kita, kita boleh memilih dan merancang. Pengetahuan kita boleh beri kesan pada keputusan yang kita akan ambil. Tapi bila baca, jangan ambil bulat-bulat sebab lain surat khabar, lain cara penyampaian, berita dan pemahaman.

2. Bila kt U, it helps me a lot. Course Diploma & Degree aku berkaitan isu semasa & polisi. Bila exams, mostly paper essays yang perlukan kau perah segala pengetahuan dalam dan luar negara. Jawapan yang kau bagi must have source dan kena ada citation. Contoh (Bernama, 2015). tak ke gila. Tapi kalau tak ingat dari mana letak je (Unknown, n.d) -> n.d for No Date. Bayangkan 1 point kena ada huraian and bagilah contoh dalam satu or dua. Kalau power, bagilah lebih dari dua contoh. 1 perenggan je satu muka surat.

p/s: Not only newspapers, baca buku-buku sejarah and cerita sejarah pun aku suka.So what?? Nanti nak bebel pasal buku sejarah pulak. hehehehe








Friday, 18 March 2016

From Miss Nurul To Mrs Nurul

Assalamualaikum,

Alhamdulillah tanggal 27 February I am officially married to Fadzli Ikmal Bin Abdullah, my love.

The day before hari nikah, i was very and very and very nervous & even can't sleep well. Semua perasaan bercampur baur, sedih + gembira + berdebar semua ada. Bila berkahwin, tanggungjawab kita dah semakin bertambah as a daughter, sister, wife, daughter in law, sister in law and etc.

Berpindah naungan baru yang mengantikan ayah dan ibu buatkan rasa hiba, almost 25 years duduk sama2 dengan ayah dan ibu, merekalah tempat bermanja, yang menjaga dari kecil dengan penuh kasih sayang, susah senang. They are everything to me.

Masa hias bilik pengantin, aku, ayah, and ibu berborak borak, Ayah kata 'Sorang-sorang kahwin, tinggal ibu dengan ayah' Mata ayah dah berkaca, nampak ayah kesat mata sekali sekala. Aku pun sama.

Terkelu lidah.

Don't worry ayah, i am and will always be your daughter. i love you ayah and ibu. Muaahhh!

Masa on the way ke masjid and akad nikah, tangan aku sejuk sangat, jantung ni berdegup hanya Allah je tahu. When arrived kat Masjid, dari jauh nampak dah Ikmal, from his face i know he is nervous too, But Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, I am his wife. I love you sayang...


Terima kasih buat semua, ayah, ibu, akak, angah, alan, abg badar, abg shafique, hannah comel, aunties, uncles, nenek, family belah mertua dan semua saudara mara. Tak lupa kepada my best friends @ bridesmaid yang banyak membantu dr A to Z, thank you dear.. 

Catering : Sri Angsana Catering
Pelamin  : Sri Angsana Bridal
MUA (Nikah): Kak Lini (Sri Angsana Bridal)
MUA (Majlis Resepsi Perempuan): Kak Emma (Emma Pesona)
MUA (Photoshoot) : Acik (Magika Fingers by Naina Johari)
MUA (Bertandang): Kak Huda (Sri Angsana Bridal)
DJ and PA System : The Cuboid Solutions 
Photographer  : The Blacksuits Photog
Videographer : Zainal Videographer Pixelmate
Percussion : Khairul Rizam
Silat : Silat Gerak Tempur Aliran Helang Buana, Uncle Mie
Side dishes : Delicious Soft Ice-cream, Candy Booth by my beloved sis, Angah, Laksa Booth by Mak Cik Chom (semua the BEST!!)
Fresh Flower hand bouquets (Nikah and Majlis Resepsi) : My beloved sis, akak













Tuesday, 29 December 2015

60 hari lagi! : Road to my wedding

Bila tengok kalendar last week baru perasan masa berjalan dengan pantas. OMGGGGG. Berdebar? Of course! Now, dah dipenghujung 2015, umur pun berjalan dan bertambah.

Semalam MC & pergi Klinik Kita Pandan Kapitol, masa consultation, doktor yang rawat aku dari aku kecil, Dr Abd Latiff belek-belek kad kesihatan aku yang dah lama since 1998 and my status masih kanak-kanak. Dia gelak!dah 17 Tahun lama!dia kata umur sekarang dah berapa, ni status tak ubah lagi ni. Lepas column kanak-kanak, ada column Bujang & Kahwin. Dia pun pergi pangkah column kanak-kanak & bulat kan column bujang. Pastu dia tanya, nak kahwin bila ni? Aku jawab "Inshaa Allah tahun depan" Mata dia buntang, tahun depan? bulan berapa?hari?. aku dah tergelak dah, baru dia mention pasal ubah status kanak-kanak ke bujang. Aku pun jawab la February, sekian..sekian..sekian.. Dia kata 'Nak dekat la tu, jangan lupa jemput saya' hahaha. Aku kata nanti aku hantar kad. hehehehe. Nasib la takde patient masa tu, chatting pun lama.

Kad kahwin dah siap! Last week dah ambil, I was so excited! Just simple & nice, Encik Tunang yang pilih warna & design. Tak mahal pun, cukuplah buat hati aku berbunga-bunga. Ayah pun excited! tahu sebab apa?? Sebab first kad kahwin anak dia yang nama dia ada Haji kt depan! hahahahaha. Haji Joffri & Hajjah Jamaliah! ayah pandang ibu, ayah panggil hajjah..hajjah.hahahaha.. sekarang just tunggu rubber stamp sampai, nak stamp kt envelope kad kahwin.




kalau diikutkan, masih ada lagi nak buat, sticker goodies tak tempah lagi walaupun goodies dah beli. tudung nikah & sanding belum. Takpelah, satu-satu buat, ada masa lagi. Don't worry be happy.


Wednesday, 9 September 2015

Ayah & Ibu Menunaikan Haji

Alhamdulillah,

Akhirnya Allah menjemput Ayah & Ibu menjadi tetamuNya ke Tanah Suci tahun ni. Rasa sebak dan gembira. Impian Ayah & Ibu terlaksana.

Pagi 5.00, 8 September 2015, kami bergerak ke Kelana Jaya dan sampai di sana 5 minit sebelum Azan Subuh. Sayu hati ni bila IKIM fm mengalunkan zikir-zikir, selawat dan zikir taubat. Betapa bertuahnya ayah dan ibu dapat menunaikan haji. Agaknya bila rezeki aku ke sana?

Bergenang air mata setiap saat menghantar kedua-dua buah hati ke sana, aku tahan sehingga 'announcement' jemaah haji kumpulan A dan B boleh masuk daftar. Tapi air mata aku tumpah sederas-derasnya masa salam dan peluk ayah dan ibu. Aku tengok saja mereka masuk dalam kompleks sampailah hilang kelibat mereka (Saat menaip ni pun, air mata masih bergenang)





Dalam hati, aku risau teramat sangat. Kesihatan, keselamatan dan semuanya. Beg mereka berat, aku risau betul, ibu dah lah kecik, macam mana nak angkat beg-beg tu, Beg kuning tu pun dah boleh buat terhuyung-hayang, inikan beg tarik yang boleh masuk orang tu. Aku berdoa supaya Allah lindungi mereka sentiasa.

Setiap masa dari masa mereka depart, kami track down flight ayah & ibu guna Flight Radar. Walaupun tak dapat hilang semua kerisauan dan kerinduan, sekurang-kurangnya kami dapat tahu perkembangan ayah dan ibu.

Mereka sampai ke Mekkah pukul 9.30 Malam (Waktu Malaysia), dari pukul 9.30 sampailah pukul 3.30 petang hari ni, 9/9/2015, tiada khabar berita. Barulah ayah & ibu call Angah tadi. Lega hati.

I love you Ayah. I love you Ibu. Take care! 23/10/2015 kita jumpa ye!



Monday, 10 August 2015

My E-day

Alhamdulillah,

Everything went well. Walaupun penat, Alhamdulillah semuanya ok!

Our first step! 8/8/2015



Terima kasih pada seluruh ahli keluarga. Makcik2 & pakcik2 ku yang bertungkus lumus menolong majlis doa selamat haji ayah & ibu, Open House 2015 & majlis pertunangan. Terima kasih semua!

Hasil make up daripada my gorgeous mak saudara a.k.a Magika Fingers







Yang belah kiri ni Amal (my bff), Yang belah kanan tu Najia (my bff). Gaya tangkap gambar diilhamkan oleh amal untuk tutup mata.


p/s: Doakan supaya Ayah & Ibu mendapat haji yang mabrur. Doakan kami juga :)