Friday 24 May 2013

Happy holiday!

Mood: Berlenggang


Cuti kali ni memang nak have fun, relaks and whatsoever yang berkaitan dengan mood tersebut. Sebelum ni kalau cuti, beg balik rumah mesti berisi buku-buku teks, buku-buku library dan pendrive yang full dengan on going assignment. #naikmuntah. Alhamdulillah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. hee~

Alhamdulillah ada hikmah jadi group terawal buat presentation dan sebagainya. Bukan 1 subjek, tapi subjek-subjek yang lain nasib jadi group awal.


Cuti Mid Term (seminggu) :

-Menghabiskan masa cuti menyiapkan assignment dengan buku yang setebal susunan 5 buah pinggan kaca yang kulit bukunya pun kalau terjatuh atas kaki boleh  menangis kesakitan. (Kemainlagi) Itu lah realiti. So, it was not 'cuti' actually..FOR ME. kengkawan lain bersuka ria meng'update' kegembiraan mereka bercuti di sana sini di FB/Twitter/Instagram (bergambar di LEGOLAND sambil tersenyum riang). Dalam hati..."cis!, takpa,takpa, kali ni turn hangpa"

4 hari cuti PRU13 (Sabtu hingga Selasa):

 - Sepanjang hari mengadap buku cari info, Malam sabtu sampai ke hari ahad (5 mei) pilihanraya tu still 'berkempen' dengan assignment, TAK TIDUR ye tuan-tuan dan puan-puan. Dengan mata lebam, pi mandi, bersiap,dan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. So, diduga dengan beratur hampir 3 jam di saluran 8 memang memori yang tak dapat dilupakan. Pening dan sakit kepala.

-Dalam hati cakap "control your mind, you can do it, bertahan!".Beberapa tapak sebelum pintu tempat mengundi, pagawai SPR berkata no. siri mesti ada, kalau tak kena patah balik semak no siri. Lagi satu episod, bukankah diberitahu jika ada no. ic sudah mencukupi?? kenapa bila ditanya saluran dan tempat lain tak kisah pun ingat ke tak no. siri. Kalau dikira patah balik, mahu genap 6 jam beratur. Ada kakak di depan aku mengalami nasib yang sama, mula darahnya mendidih. Dibebelnya pegawai tersebut. Then aku terpaksa akur, 'menggagau' buka laman web SPR, ber'loading' lama nau, and error. terpaksa memberi laluan orang yang beratur dibelakang terlebih dahulu. Ada juga pengundi-pengundi lain kelihatan resah bila mereka pun terlupa no. siri.

-Finally, guna khidmat SMS SPR dengan tangan yang menggigil (nervous+lapar) (SEMAK_NO.IC hantar ke ------) Alhamdulillah dipermudahkan. Masih dipersoalkan kenapa isu tersebut timbul.

Cuti kali ni. (Seminggu)

Kali turn aku pulak! kengkawan yang lain meng'update' cuti kali ni is not 'cuti'... FOR THEM. But for me, kali ni memang benar-benar cuti dari sebarang assignment. Yeay!


p/s: will go for vacation.. (menari ballet seketika). :D





No comments:

Post a Comment