Tuesday 3 September 2013

Dua puloh sen, dua puloh sen..

Berita kenaikan harga petrol RM0.20 sen seliter...

Hello, so ciput, murahlah, sikit je, rileks bro...

Apa yang aku nak kata, meh sini kalau kau cakap sikit..meh sini tiap kali kau isi minyak bg 20 sen every liter yg kau tuang tu kat aku...opkozz kau cakap taknak kan..mengada!

I'm not economist, but everyone can think about it. Everything guna minyak nowadays, kau rasa setakat kereta je guna minyak nampak dungu kot. Bas, teksi, kapal terbang, kapal laut, and sabagainya guna minyak. Lain la kalau kita ni still guna kapal wap.

Ada orang komen.."Nasib tak pakai kereta".."Bising harga naik 20 sen, kalau taknak jalanlah kaki", "Syukurlah, harga minyak kt Malaysia ni murah dari Indon, Singapore"

Yang tak pakai kereta tu, ingat boleh senyum ke.. Barang-barang dapur tu, segala jenis barang kt dunia ni memang kalau petik jari timbul atas rak supermarket tu. Ingat barang-barang tu jalan sendiri?? Ikan mentah dari pantai timur or negeri-negeri lain tu memang boleh melompat masuk pasar ye idak. Sayur2 yang dari cameron and serata negeri tu memang berjalan atas highway tu sendiri. Lg satu nelayan kampung memang naik bot tangkap ikan guna air laut.

Yang suruh jalan kaki tu, tak dinafikanlah untuk kesihatan, tapi kalau jalan kaki dari kolumpur ke Melaka dan yang berkilo-kilometer tu mampu ke? Bersyukurlah mika-mika yang dari tempat kerja ke rumah kira dalam negeri, "bolehkan jalan kaki". Kalau yang duduk KL, kerja kat Nogori, Melaka? Agak-agak? start jalan kaki pukul 1 pagi belum tentu kau sampai pukul 8 pagi. Cakap senang, Ada yang duduk KL tapi terpaksa ulang alik ke negeri lain setiap hari sebab anak-anak, family, dan isteri. Ada fikir tak? Ada yg duduk jauh and every week balik jenguk family. Ada fikir tak?

Kalau gaji RM2500, duduk bandar, naik motor, ada keluarga, menyewa, 20 sen seliter tu membebankan. Sebab, kita baru lihat dari penggunaan minyak kenderaan yang dia guna, belum tengok beli keperluan barang harian yang kemungkinan besar akan naik., perbelanjaan anak-anak, isteri, wang kiriman untuk mak bapak, Bukan 1 barang, tapi beribu barang lain. Jangan cakap la, pendapatan isi rumah RM5,000 pun belum tentu dapat. Di bandar gaji RM3,000 tak jamin, tu kira miskin.

Yang harga minyak tu, Indon and Singapore, Thailand dan sama waktu dengannya, bukan negara pengeluar minyak. Adalah orang cakap, Malaysia ni keluarkan minyak sb bukan pengeluar minyak untuk benda2 tu, tapi untuk industri, Copp, Petronas tu gali minyak untuk minyak apa ye??musykil..Maybe untuk minyak masak. LOL. Pastu kau sibuk cakap orang kerja petronas masyukk sebab bonus melambak. besttttttttt. #gila

(Ihsan sesiapa je, kalau jenis kereta takde dalam ni kira sendiri)


Musykil juga ada dikalangan orang yang berpendapatan rendah, tak kerja, dan lain-lain lagi cakap 20 sen sikit, tak heran #sebabTakDapatDikenalPasti #SakitJiwa #Maybe. Nak bayar sewa rumah pun tengok cukup ke tak & nak belanja pun bila masuk gaji, ada hati cakap sikit. Paling kurang selepas kenaikan adalah RM8.00, tolong buang perkataan JE sbb tu hanya sekali, kalau dalam sebulan hang isi 2 or 3 kali?. Bagi orang yang tak berkemampuan dan rasa 20 sen tu beban, RM8.00 boleh bayar breakfast, atau, kalau taknak breakfast, bayar tambang public transport, bagi anak-anak duit saku.  Bagi yang tak berkemampuan dan rasa 20 sen tu bukan beban, teruskanlah...teruskanlah cita-cita dan harapan anda.

Even aku masih belajar, tapi aku pernah kerja, mak ayah aku still kerja, and saudara-mara aku ada yang susah. Ada yang buat banyak kerja untuk sara family, bersengkang mata nak pastikan anak-anak happy, aku intern hari tu tak naik kereta, public transport, sehari ulang-alik naik LRT and monorail RM7.00 dalam tangan. Meh sini 20 sen tu.

p/s: Jangan ingat semua orang dapat BR1M. Tu hanya jangka masa pendek.


No comments:

Post a Comment