Thursday 26 December 2013

Pakar

Tadi adalah seorang hamba Allah ni update status facebooknya....berbunyi begini..

"bila timbul isu ikan timbul, tibe2 ramai yg jadi pakar kaji alam,,,same mcm timbul je isu GST, tibe2 ramai yg jadi penganalisis ekonomi x bertauliah..cepat betul bertukar2 profession. msg2 memg terus terer pasal ekonomi... nothing impossible..."

Bagi aku, memang isu-isu sebegini lagi-lagi pasal berita terkini memang ramai umat yang akan komen, berbincang and sebagainya. Nama pun manusiakan. Ada limit, ada kebebasan. Tak salah orang nyatakan pendapat. Berpada-pada.

Hamba Allah ni seringkali come out with status-status yang menjadi perhatian aku. Status-status yang 'agak pakar' tentang isu-isu begini. Sebenarnya dia tak nampak, sebenarnya dialah pakar-pakar tu dengan meng'update' pelbagai isu dan memberi pandangan dia. Disebabkan itu, bila kesabaran manusia pun ada limit, aku terpaksa tulis entry ni. 

Ekonomi adalah sains pengkajian terhadap sifat KELAKUAN MANUSIA yang berhubung kait pada sesuatu keperluan dengan SUMBER KEPERLUAN untuk TUJUAN yang Berbeza (Lionel Robbins, 1932).

Bukan kata MESTI terer pasal ekonomi baru boleh bercakap. Ekonomi bukan perkara asing dalam hidup kita, BUKAN. Sedangkan dari sekolah kita diajar tentang ekonomi. Siap ada subjek "Ekonomi Rumah Tangga". Kenapa sempit sangat pemikiran tu. Adakah kita kene belajar Master in Economy, PhD, baru boleh kata tentang Ekonomi? Kita sendiri tahu tentang pendapatan kita dan kestabilan kewangan kita, it is common things! You should know that. Kalau kau tahu kewangan kau tak stabil sekarang, adakah kau nak berbelanja melebihi keperluan?? People can easily observe and judge. 

Melampau la kalau semua benda kau nak sokong. Kalau perkara baik, sokonglah. Kalau tak, tentanglah. 









No comments:

Post a Comment