Tuesday, 9 June 2015

Setiap Yang Terjadi Ada Hikmah

Assalamualaikum 2015,

Nampak tak bulan June 2015 baru nak buat entry. Banyak cerita, banyak and banyak.. kalau update ni mahu lagi 6 bulan baru habis. Nak sort out benda penting dulu (Ikut Bulan)..

1) 1st January

Transfer from HR department to Finance department. Sebabnya, job scope yang lebih kepada bab-bab finance. I dislike (nak guna Hate macam teruk sangat) Finance/Maths/Calculation since I was in primary school until now. Redha dan redha...pasrah dan pasrah. Office from level 17 ke level 18. New environment even in the same company. Nak tahu sebab apa? Bila jalan level 17, bunyi suara lagi kuat dari tapak kasut. Tapi bila level 18, bunyi tapak kasut lagi kuat dari suara manusia.

But, setiap yang terjadi pasti ada hikmah, percayalah apa pun yang terjadi, Allah dah tuliskan dan tentukan yang terbaik. I feel better now because i got better boss & more specific job scope. Alhamdulillah.

2) 27 March

My Sis Wedding. My second elder sis (Angah). Syukur bila dia berjumpa the right person at the right time. Banyak benda yang dia lalui nak sampai ke tahap ni. Pain & Struggle. Aku tahu dia kuat & Allah pasti dah sediakan yang terbaik buat dia.

The best thing that is their love story. Bila aku tahu cerita ni, aku rasa..awesome! Hebat rancangan Allah..Subhanallah!(both at the same age) Angah supposed kenal her husband (Abg Badar) at Matriks dulu. Supposed. But, Allah dah tentukan dia jumpa the 'wrong' person first at Matriks.

Abg Badar sepatutnya masuk Matriks yang sama, semester yang sama dengan angah, & dia dah dapat pun cheque (post) yang selalu pelajar Matriks dapat sebelum masuk daftar. Dan Abg Badar rejected cheque tu sebab dapat better offer dekat UTP. At last, they meet when they worked at the same place.. Jodoh.

3) Road to My Wedding (Chapter 1: The Engagement: 2 months to go)

Beli barang-barang hantaran sikit-sikit. Bermula dengan Perfume, Wallet/Belt, dan lain-lain. Alhamdulillah, complete. So, almost 80%, Tinggal nak digubah je oleh my aunt @ mak uda. hehehe. Thank you Mak Uda. Make Up untuk E-Day pun dah siap confirm, my aunt juga, Acik, Thank you acik. Sesiapa yang berminat untuk di'make up'kan boleh la ke Blognya sum1buchuknya ATAU ke Facebook beliau Magika Fingers (Jue Johari) . Tunang my 1st & 2nd sis pun di make up kan oleh Acik. Cantik. Natural...Highly recommended!



Nice kan..

In Shaa Allah my turn nanti nak cantik macam ni.. heeee~

Goodies untuk tunang 50% in the making, mula buat sebelum puasa sebab memang tak nak kacau tengah-tengah puasa. 2 minggu lepas raya je majlis, ibu pun suggest prepare awal. Bekas dah ada tapi tag goodies masih dalam proses, Tag goodies DIY ok! print sendiri, potong sendiri & tinggal nak 'tepek' je. 

4) Road to My Wedding (Chapter 2: Akad Nikah & Majlis: 8 months to go)

The date was set. Tak boleh diundur dan tak boleh dianjak..In Shaa Allah, dewan dah di booked. Plan nak buat Sabtu, tapi apa boleh buat tarikh Sabtu tu ada dah orang, so kita buat Ahad la. Takpe la, ada kelainan sikit. So, nikah Sabtu. Masa nak book dewan, macam-macam dewan keluar, tapi top 3 yang di hati:

i)  Dewan Serbaguna Taman Tasik Ampang Hilir 
ii)  Laman Dealova, Taman Dagang
iii) Dewan MPAJ, Pandan Indah

Nak dijadikan cerita, nak book dewan afdalnya buat setahun sebelum, Try call sana sini, macam nak give up pun ada. 2 hari bulan dah call Management Dewan Taman Tasik tu, ingat awal la (maybe orang terawal la book) tapi...dah penuh. Tanya banyak kali siap betul ke 'like seriously??'. Tapi hati terluka. Ok fine, Cuba la Laman Dealova, pergi tengok tempat tu weekends, Ok lah. Parking space besar, Tapi ayah tak 'gemar' katanya jauh & susah cari. Try call MPAJ untuk Dewan MPAJ (paling dekat dengan rumah, masih available! Nak book kena datang sendiri & bayar deposit. Jadi, ambil la cuti, Pagi tu ayah masuk bilik (Tak bangun lagi) kata tak nak Dewan MPAJ sebab banyak lalat & baik buat kat Laman Dealova [u-turn decision] (tak tahu la sebab masa majlis Kak Long kat Dewan MPAJ okey je). Like seriously?? (saja buat gempak). Ambil cuti sebab ni, pastu? ayah dengan coolnya kata so cuti la...Grrr. So, memang nak book Laman Dealova la akhirnya. Tarik selimut, tidur balik, malas nak fikir. Tapi ayah & ibu still tak puas hati dengan Dewan Taman Tasik tu, haritu juga mereka berdua pergi tanya sendiri. Lepas 'Serious Discussion', the date Sabtu memang dah ada orang, untuk Ahad masih available sebab orang yang dah book tu tak bayar lagi (Book dah seminggu, tapi tak bayar lagi). Di atas sebab-sebab tersebut, tarikh Ahad tu, dewan jadi milik kami. Haa.. Lega & Redha! Itulah cabaran pertama road to my wedding. hahaha

Untuk hantaran, as to make it simple, no hantaran bila majlis ni sebab hantaran dibuat 'total' masa tunang nanti. Bukan simple saja, tapi budget, tak perlu nak buat hantaran lagi dan bila majlis just perlu fikir pasal majlis dan benda-benda lain yang perlu diberi perhatian. Simple! (Hanya ada dulang duit hantaran, jewelry & cake(optional))

Disebabkan gap E-day & Majlis Nikah 6 bulan dan bermulanya bulan puasa & raya lepas ni, the real preparation akan dibuat after Raya. Cuma dewan, baju & gelang nikah yang dah confirm/beli. Disebabkan merisik & tunang dapat cincin, untuk nikah tukar jadi gelang pula, Fair. Catering, Bridal, Goodies & etc not yet decided/done. Even warna tema pun masih diawang-awangan. So, wish me luck! 

Belah Mr.I, goodies dia dah order. Jauh di negeri orang, kena pergi ambil pulak tu. Baju nikah & sampin & dewan pun dah ada (dia kata kalau pakai baju tu jadi Aaron Aziz nanti) cehh perasan..Cuma tinggal bridal & catering sahaja.  


Ok Bye.


p/s: Doakan kami.


















Sunday, 21 December 2014

Good deeds

Hari Jumaat lepas, lunch kat foodcourt NU Sentral dengan officemates. Meja sebelah kitorang kosong, suddenly one family duduk, aku tak perasan mulanya. Kawan aku cakap berbisik kt aku, terus aku tengok family tu.... Hati aku terusik, rupa-rupanya dua pasangan makcik & pakcik ni buta, ada 3 orang anak yg normal dan masih dlm sekolah rendah..mak & ayah duduk dibangku sementara anak2 diorang membeli makanan..tersentuh..anak diorang yg lebih kurang 10 tahun pegang tray makanan, adik bradik yg lain pun sama, lepas tu served depan mak ayah diorang.. Subhanallah.. Bagus budak2 tu.. Semoga diorang berjaya dunia akhirat dan terus bahagiakan mak & ayah diorang..aminn

Wednesday, 13 August 2014

No Regret, No Hate, Just Forgive even though You Will Not Forget It.

Mood menulis datang di tengah malam walaupun esok kerja,

Through out my life, i have learnt many things. Some people claims they are expert in your life, some people are busy to understand other people, some people are too kind, some people are too bad, some people make you laugh and some people....some people...

Pengalaman mematangkan kita, yes!

Dan belajar dr pengalaman, bukan ignore it. If it was a bad experience, dont hate it. If it was a good experience, appreciate it.

Never hate what was happened. Try to forget, try to forgive. You will end up with no regret,  happy and more calm.

Sebelum ni, 5 tahun, aku bertahan dengan erti kata lain setia pada si L, Anything, aku memang dh tetapkan hati, i will be loyal and i will try my best to be with him forever. Macam Wow kan bila kata Forevaaa! Terima segala kelemahan and kelebihan dia. Tapi, bila sampai satu tahap dan ketika, perasaan tu hilang dan ambil keputusan yang tak dijangka.

Hampir 4 tahun kenangan tu, tapi dalam masa 4 tahun tu juga, si L masih tak berpuas hati dengan keputusan aku dan setiap kali berhubung mesti bergaduh. Mula2, its ok we can be friend, no hurt feelings, try to be kind...tapi always end up with argument. Aku pun tak paham.Aku malas.

Why aku terima dia jd sahabat jd kawan? Sebab, aku tak nak buat musuh. Thats the point.

Tapi sampai hari ini, dia masih tak dapat terima alasan 'pengakhiran' tersebut. Puas difahamkan, puas melembutkan lidah, tapi tak berjaya jugak.

Sampai lah aku bagi kata putus, you want to be friend with me, mean it, tapi kalau awak ada niat selain tu. Please go.

Mujur betul my Mr.I ni memahami walaupun ada kalanya hampir tidak. Sorry...

Im not trying to start a fire. But, i dont want to make an enemy.

Mr. L,

If you want to argue, why on the first place i made that decision after 5 years we are together, you must read my previous entries for details. This is not about im having someone else. But, i lost my respect towards you. We have no respect, we are not happy.

Masalah yang tak pernah selesai.

Tapi, aku maafkan dia,. Maaf kan...everythings... From the moment i know him in my life until now. No regret, no hate.

Alhamdulillah, i heard good news, congrats! Akhirnya, dia akn tamat kan zaman bujang dia minggu ni. I told you, you and her are good together. You love her more than the feelings when you were with me.. Dont waste it. And now you not waste it. Proud with yourself.

Tahniah sekali lagi. I smiled when i heard it and im happy for him, kawan aku kata are you sure? Of course aku sure, dah lama aku doakan untuk dia, alhamdulillah! Bagi aku, apa yang dah jadi, dah pun jadi, he used to be someone special for me. Aku tak pernah denied. Kalau kata perasaan sakit hati tentang hal dulu tu, tipu la kalau tak sakit kan.

5 years, Dia ajar aku erti tabah, dialah tempat aku ngadu nasib, dia mematangkan pandangan aku, someone yang banyak berkorban masa & duit, someone yang boleh diharapkan, someone yang ajar aku additional mathematic, :D  and banyak lagi. Aku tak akan deny.

Masa menghapuskan sedikit demi sedikit keserasian kitorang. Setiap tahun, hari, jam dan saat makin pudar. Dan dalam masa sehari, perasaan tu tetiba hilang. Empty heart, Empty feelings. Maybe terlampau lama memendam perasaan dan Allah bantu aku saat tu.



Now, so far so goooood... (macam iklan KFC pulak), Alhamdulillah Allah pertemukan aku dengan Mr. I, semoga segala urusan kami dipermudahkan dan mendapat rahmat dari Allah. Im not looking for rich guys, handsome guys, Tapi cukup yang bertanggungjawab, dapat menyayangi aku, menghormati ibu ayah (family), dapat menjadi imam aku, and dapat bahagiakan aku. So far, he is good, dah hampir 3 tahun. Alhamdulillah. To the next step nanti. in shaa Allah! opss..



p/s: Under progress [loading...]







Sunday, 27 July 2014

Quick One

Halo..halo..halo..

Assalamualaikum...

Dah 3 bulan blog menyepi. Cik empunya blog ni masanya terhad. Waktu ni dah cuti raya kan, so waktu ni la baru rajin nak tengok macam-macam.

Alhamdulillah, Syukur pada Allah yang memberi rezeki dan dialah Maha Pemberi Rezeki, dah 3 bulan juga bekerja, dan banyak benda aku dah belajar. Alhamdulillah sikit-sikit boleh adapt culture and environment sana. Dan Alhamdulillah juga, selepas probationary period, aku dapat confirmation. Terima kasih pada ayah dan ibu  yang selalu mendoakn ira, dan adik bradik yang byk bagi support.

Wokey!

Ramadhan hampir meninggalkan umat Islam, Syawal bakal menjelma. Dengan itu, aku nak ucapkan kepada seluruh umat Islam, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Semoga Syawal kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan Umat Islam dan hubungan kekeluargaan kita.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jom kita enjoy! :D



P/S: Semoga Allah menghancurkan Israel dan melindungi rakyat Palestin. Amin. 
#SAVEGAZA