Tuesday 9 August 2016

Surat Khabar

Dari dulu sampai, semenjak sekolah menengah, hari-hari baca surat khabar. Semua jenis. Tak kisah yang mana selagi dinamakan surat khabar. Tapi surat khabar yang dibeli masa sekolah KOSMO la kan, dulu dapatla bawah seringgit, duit belanja harian kalau ada lebih beli surat khabar. Lagi la 7E dekat dengan sekolah, sementara tunggu ayah datang ambil pergi beli, tak pun duduk kt 7E baca surat khabar.

Terbawak perangai baca surat khabar sampai la ke Universiti. Bawah katil melambak surat khabar lama. Kaya makcik cleaner kt kolej sebab aku tinggalkkan surat khabar lama yang melambak tu, boleh jual. Lagi satu, aku famous :D , kawan-kawan satu level datang minta surat khabar lama buat alas bila makan. tak ke berguna. Banyak pahala aku dapat. hahaha. Bila kt Universiti, ada duit lebih sikit, beli campur, kadang-kadang New Straits Times, The Star, Harian Metro, KOSMO, Berita Harian, Sinar Harian. Cuma 1 je aku tak suka beli, Utusan, surat khabar ni aku baca kat library. kikiki.

Mana yang kawan-kawan tahulah perangai aku beli surat khabar, bawak la ke hulu ke hilir walaupun dalam kelas. Then, diorang pinjam.Tapi aku pantang betul orang yang dah pinjam dan pulangkan balik tak kemas pastu berlipat-lipat, suka hati dia je nak keluarkan sisipan tu. Dah tahu pinjam, jangan buat suka hati. Sakit hati!

So, bila dah tahu perangai cam gitu, aku beli masa dah habis kelas, kalau tak pun aku simpan je dalam beg sampai la balik bilik. Bukan kedekut, tapi aku bagi baca kt orang yg memang kenal aku dan yang ada 'manner' je.

Ada la mulut mengata dan perli, aku ni skema/pelik, suka baca surat khabar pastu beli. You know what, i dont give a damn about that. Kadang-kadang sampai satu masa aku laser jugak, "Aku beli, tapi kau baca gak", "aku beli kau minta jugak surat khabar lama buat alas" Memang angin satu badan, kau dah baca and guna surat khabar orang, pastu mengata. Memang nak kena la kan. Do respect people with difference habits, likes & etc. Don't think other people like yours too.

Bila zaman makin maju, aku baca online je sekarang. Everyday. Kadang-kadang je beli tak pun amik yang free surat khabar. hahaha

Why i read newpapers?

1. Bagi aku, kita kena ada info dan ilmu. Pelbagaikan pengetahuan. Isu semasa, politik, kewangan, sukan. Semua tu berguna dalam kehidupan seharian kita, kita boleh memilih dan merancang. Pengetahuan kita boleh beri kesan pada keputusan yang kita akan ambil. Tapi bila baca, jangan ambil bulat-bulat sebab lain surat khabar, lain cara penyampaian, berita dan pemahaman.

2. Bila kt U, it helps me a lot. Course Diploma & Degree aku berkaitan isu semasa & polisi. Bila exams, mostly paper essays yang perlukan kau perah segala pengetahuan dalam dan luar negara. Jawapan yang kau bagi must have source dan kena ada citation. Contoh (Bernama, 2015). tak ke gila. Tapi kalau tak ingat dari mana letak je (Unknown, n.d) -> n.d for No Date. Bayangkan 1 point kena ada huraian and bagilah contoh dalam satu or dua. Kalau power, bagilah lebih dari dua contoh. 1 perenggan je satu muka surat.

p/s: Not only newspapers, baca buku-buku sejarah and cerita sejarah pun aku suka.So what?? Nanti nak bebel pasal buku sejarah pulak. hehehehe








No comments:

Post a Comment