Tuesday 18 March 2014

Medical check up! 17/3

Pepagi.. pkul 6 bangun solat subuh and trus bersiap. Pukul 7 setengah naik lrt and kakak aku pun teman la sebab die pun on the way ke tempat kerja. Kami menuju ke KLCC. Appointment pukul 8.45. Dr semalam aku puasa. Lapau.
Dalam train tu aku perhati laluan putra lrt dr masjid jamek ke KL sentral. Kemain jauh. Dengan ramai orang berpusu-pusu waktu pagi., dalam hati aku "boleh ke aku survive nak pi kerja nanti?"
Sampai ke Twin Towers Medical Centre pukul 8.30. So, kakak aku berlalu ke tempat kerjanya lepas teman aku sampai ke tempat tu. Lebih kurang 6 proses aku kene lalui.. ECG, urine test, blood test, audiogram, x-ray & Doc. Consultation. Alhamdulillah.. cepat betul habis. Excellant services.
New experience, selalu medical check up hanya urine test, blood test dgn x ray. Ni tambah lagi 3 sebab medical offshore examination. Aku pun tak tahu kenapa ada perkataan offshore tu sebab bakal kerja aku ni takde la sampai kena pergi offshore. Maybe. And maybe memang polisi syarikat tak kisah department apa kena buat jugak.
Niat di hati nak pergi habiskan voucher BB1M kt klcc. Tapi tak bawak. So lepas medical check up aku jenjalan sekejap and cari kiosk auntie anne's sebab kepingin bangat nak makan pretzel. Puas turun naik and cari directory. Electronic directory rosak. Yg manualnya payah nak cari. Almaklum la.. aku ni dah lama tak jejak kaki kt klcc. Akhirnya jumpa la dekat depan Cold Storage.
Bila dh dapat. Aku terus balik Pandan Indah sebab Jumaat, sabtu and ahad punya penat tak habis lagi. Ketiga-tiga hari tu penuh dgn pengembaraan. Jumaat: Dari KL ke Melaka & Melaka ke Kluang sampai pukul 2 pagi sabtu. Sabtu: Teman pakcik & makcik.aku shopping barang dapur and aktiviti masak memasak. Ahad: pukul 10 pagi dah gerak balik dari Kluang ke Melaka. Dan Melaka ke KL. Sampai KL ke Hulu Langat tolong makcik aku kemas barang sebab baru pindah. Pukul 10 malam baru la balik rumah. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Cuma penat-penat tu ada la sikit/banyak. Haha.
P/s: Hopefully everything gonna be ok and smooth for me and family ocu. Utk aku yg dah hampir masuk ke alam pekerjaan. Utk ocu, semoga dipermudahkan segala urusan. Amin!

2 comments:

  1. Gud luck ira! stakat putra... acik hari2 naik putra tapi kat dang wangi la...hehe...

    ReplyDelete
  2. Tq acik.. huhu. Dang wangi dekat. Ni kene tmpuh brp stesen sblm smpai KL sntral.. hehe

    ReplyDelete