Saturday 6 August 2011

mengingati Allah s.w.t..





Berzikir sambil mengingati keindahan dunia & kesalahan2 kite membuat kan kite lagi khusyuk dan menyedarkan kita betapa besarnya kekuasaan Allah...lg2 bulan Ramadhan ni..lg byk pahala kite terime.insyaAllah..

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. 
(al-Ra`d:28)

Selain itu, zikrullah  menguatkan hubungan kita lg dengan Allah.. fitrah manusia akan merasi ketenangan apabila :



  • Ketika ia bergantung dan berhubung dengan kuasa yang Maha Agung Allah SWT
  • Ketika ia mengetahui kehidupan di dunia untuk menikmati nikmat Allah SWT
  • Ketika ia meyakini ia akan  kembali selepas kematian  bertemu dengan Penciptanya
  • Ketika ia meyakini kerugian  mengikut  kacamata dunia akan diganti pada hari akhirat
  • Ketika ia mengetahui Allah SWT akan menolongnya dalam setiap situasi, sama ada kesenangan  bagi menambahkan kebaikan atau kesusahan untuk menyelamatkannya.
Bukan tu shj, zikrullah juga menunjukkan yg kita sayang dan cintakn kepada Allah..dengan mengingati Allah .. siapa yang menyayangi Allah, Allah akan menyayanginya, siapa yang disayangi Allah akan diampunkan dosa dan dimusukkan syurga.... :) insyaAllah...

3 jenis zikir: 

1) zikir mulut.
menyebut

2)zikir hati.
mengingati

3)zikir nafas.
Cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazhumah).


Zikir pagi dan petang :

"Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat serta salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya"


Zikir selepas solat: 

"Aku memohon keampunanMu Ya Allah".
(tiga kali)

"Ya Allah, Engkau sejahtera daripada keaiban, daripada Engkaulah (datangnya) kesejahteraan, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah, Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan".


p/s: berkongsi sesama islam.. mari amalkan! :)


No comments:

Post a Comment