Tuesday 1 May 2012

liberalisme

Pensyarah aku menyarankan studentnya berfikir secara liberalisme.. 

 Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan.

*prinsip kebebasan adalah berbeza mengikut negara

liberalisme yang dimaksudkan tidak lah sehingga menyokong lesbian, gay, biseksual dan sama waktu dengannya dan yang paling penting tidak melangkaui batas2 agama dan undang2 negara...tapi lebih kepada pemikiran yang lebih kreatif, bebas dan adil. 

Bila difikirkan,

BETUL..

kerana dari pandangan mcm tu dan pemikiran mcm tu kita dapat melihat kehidupan manusia ini dari sudut pengadilan dan lebih menjurus kpd kemanusiaan. Bayangkan jika tiada pemikiran seperti itu, kita masih duduk di bwh tempurung dan mengikut seperti lembu dicucuk hidung...

TETAPI,

Pemikiran seperti ini jika tidak dikawal akan mendatangkan kemudaratan kerana melihat kebebasan tersebut hanya utk kepentingan sendiri dan hawa nafsu shj. 

Adakah salah bagi rakyat menyatakan pandangan dan menyatakan prinsip mereka??

Manusia diciptakan bukan dengan sama prinsip dan sama pemikiran. malah manusia dilahirkan dengan akal yang boleh berfikir dan melihat dengan adil. 

Jadi, tidak salah apa yang dikatakan oleh penyarah aku.

Liberalisme jika dipraktikkan dalam diri pelajar, pandangan mereka lebih luas, pemikiran mereka lebih kreatif dan terbuka tanpa dikongkong dengan pemikiran yang sempit dan 'diktator'.

this is his statement : 
 pentadbiran rights and liberties berbeza mengikut undang undang tiap tiap negara.......rights and liberties are subject to municipal or national laws......."

"janganlah hendaknya kita menjadi mangsa.......sama juga dengan kemelut politik yang mendepani bangsa kita hari ini.......selidik sejauh mana yang kita mampu.......ambil lah yang paling jernih setelah maklumat itu di turas.......sementara di menara gading yang membenarkan kita liberal dalam mnerima maklumat.........nanti bila hidup menjadi semakin menekan....soal periuk nasi dan kesejahteraan keluarga menjadi variable utama........keputusan keputusan kita lebih cenderung kepada self preservation ( macam ahli ahli politik dewasa ini)maka kejayaan seorang manusia menghadapi ujian allah ialah sejauh mana dia berpegang kepada prinsip prinsip kebenaran.........itulah matlamat dan natijahnya utama ilmu."

No comments:

Post a Comment